Artikel Terkini

Nvidia Bakal Menjadi Pengeluar Cip Telefon Pintar Terbesar Dunia Selepas Pembelian Syarikat ARM Yang Bernilai $40 Bilion


Permata untuk negara United Kingdom, itulah ungkapan yang sesuai untuk menunjukan kehebatan yang dimiliki oleh Syarikat ARM yang berpangkalan di Cambridge, England. ARM merupakan syarikat pembekal utama teknologi mikrocip untuk telefon pintar ke seluruh dunia.

Selepas syarikat itu menjadi milik Softbank pada tahun 2016, kerajaan Britain berbangga kerana masih terdapat lagi pelabur asing yang berminat untuk melabur di negara tersebut selepas Britain mengisytiharkan untuk keluar daripada Kesatuan Eropah.

ARM dibeli oleh Softbank pada tahun 2016 dengan harga $31 bilion dan mendapat restu United Kingdom. Di antara faktor yang menyebabkan kerajaan Britain membenarkan pembelian tersebut disebabkan Softbank ini tidak mempunyai kepentingan yang menjurus kepada monopoli di dalam industri mikrocip.

Dengan kata lain, Softbank bersifat neutral terhadap mana-mana syarikat mikroprosesor.

Dr Hauser

Penjualan ARM itu mendapat reaksi yang negatif dari salah seorang bekas pengasas syarikat tersebut, Dr Hauser yang bimbang selepas pemilikan baru, syarikat ARM akan mengubah model perniagaan mereka.

Tidak seperti syarikat mikrocip yang lain, model perniagaan yang dilakukan oleh ARM begitu unik. ARM hanya mempatenkan teknologi mereka tanpa menghasilkan cip untuk pelanggan mereka. Syarikat ini hanya mendapat keuntungan daripada hasil royaliti daripada teknologi tersebut.

Di antara syarikat yang menjadi pelanggan tetap kepada ARM adalah syarikat Apple, Samsung, Qualcomm dan Huawei. ARM hanya mengambil royaliti melalui teknologi mereka kepada pengeluar yang lain.

Disebabkan pandemik Covid-19, Softbank merupakan di antara syarikat yang paling terjejas terutamanya ketika syarikat tersebut melakukan pelaburan yang luar biasa terhadap WeWork yang menyebabkan Softbank hilang wang pelaburan yang sangat besar.

Oleh kerana ingin mengembalikan wang pelaburan mereka, Softbank terpaksa menjual ARM kepada pasaran terbuka dan Nvidia telah menunjukan minat yang mendalam terhadap memilikinya.

Nvidia merupakan sebuah syarikat yang fokus di dalam penghasilan kad grafik yang bermutu tinggi. Sebelum ini Nvidia telah berjaya memintas market capitalization Intel yang merupakan sebuah syarikat yang sangat terkenal dalam penghasilan mikroprosesor.

Dengan pembelian ARM ini, ia akan menjadikan Nvidia monopoli microcip di dalam pasaran telefon pintar pula.

Kerajaan Britain bimbang dengan pembelian Nvidia adalah disebabkan hubungan yang tegang di antara Amerika Syarikat dan China. Sebelum ini, syarikat teknologi dari China telah mendapat banyak kesukaran apabila Amerika Syarikat yang menghalang syarikat tersebut dari beroperasi di Amerika Syarikat dengan alasan keselamatan negara.

Di antara syarikat yang menjadi sasaran Amerika Syarikat adalah Huawei Tik Tok dan WeChat.

Huawei yang sebelum ini banyak menggunakan teknologi ARM di dalam penghasilan cip buatan mereka, kini bakal berdepan dengan kesukaran apabila ARM menjadi milik Nvidia.

Jensen Huang

Walaubagaimanapun, semua tuduhan yang tidak berasas itu dinafikan oleh Jensen Huang yang merupakan CEO Syarikat Nvidia. Jensen Huang yang berjanji akan memastikan ARM bersifat nuetral seperti sebelum ini di dalam penghasilan cip telefon pintar dan pelanggan tetap yang menggunakan teknologi ARM tidak akan terkesan dengan pembelian yang melibatkan Nvidia ini.

Bagi Jensen Huang adalah kurang cerdik sekiranya membuat polisi baru yang menyusahkan pelanggan mereka dan membuat mereka lari daripada menggunakan cip yang dikeluarkan oleh ARM, sedangkan syarikatnya telah mengeluarkan wang sebanyak $40 bilion untuk membeli syarikat tersebut.

Harga saham yang dulunya di sekitar $160 USD pada awal tahun kini mececah $500 USD dan mencatatkan peningkatan hampir 200% dalam masa setahun.

Iklan


Iklan



Source link