Artikel Terkini

NYSE gantung dagangan buat kali kedua



DAGANGAN pasaran saham New York (NYSE) digantung sementara pada awal dagangan Khamis selepas penanda aras Indeks S&P 500 menjunam 7 peratus sejurus dagangan dibuka.

Hentian dagangan automatik selama 15 minit itu merupakan yang kedua pada minggu ini.

Turut mencatatkan kejatuhan penanda atas – Perindustrian Dow Jones yang hilang 7.2 peratus dan Indeks Komposit Nasdaq yang jatuh 7.03 peratus.

Kejutan pasaran saham ini menyusul pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mengesahkan bahawa AS akan menyekat semua perjalanan dari Eropah kecuali Britain dan Ireland dalam usahanya mengekang pendemik COVID-19.

Langkah berkenaan dikhuatiri bakal menjejaskan permintaan terhadap minyak yang sudahpun terjejas akibat perang harga baru-baru ini.





Source link

Related Posts