Uncategorized

Oprah antara selebriti yang akan terbitkan kandungan asal untuk Apple TV Plus



CUPERTINO: Syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple mengumumkan perkhidmatan penstriman terbaharu, Apple TV Plus, yang antara lain akan menampilkan rancangan dan filem asal terbitan syarikat itu.

Perkhidmatan itu akan dipasarkan kepada lebih seratus negara seluruh dunia, dan dijangka sebahagian usaha untuk bersaing dengan Netflix, Amazon dan saluran TV kabel, terutamanya di pasaran Amerika Syarikat (AS).

Apple membuat pengumuman ini di ibu pejabatnya di Cupertino, California, pada Isnin, dalam acara yang turut disertai para selebriti terkenal termasuk Oprah Winfrey, Steven Spielberg, Jennifer Anniston, Reese Witherspoon dan Steve Carell.

Perkhidmatan dalam talian dilihat menjadi tumpuan utama syarikat Apple susulan penjualan peranti popularnya seperti iPhone dan iPad mula mencatatkan kejatuhan sejak kebelakangan ini. Perkhidmatan langganan adalah salah satu objektif kritikal untuk syarikat teknologi ini untuk terus bersaing.

Sebelum ini, pasaran telah menjangkakan bahawa Apple akan mengumumkan perkhidmatan yang mampu bersaing dengan syarikat penstriman video terkemuka dunia seperti Netflix dan Amazon. Disebabkan Apple agak terlewat memasuki arena ini, ramai penganalisis tidak begitu optimis tentang kebolehan Apple untuk menawan pasaran ini.

Walau bagaimanapun, Apple telah berjaya mendapat sambutan dari para selebriti untuk menjayakan penerbitan kandungan tersendiri.

Nama besar seperti ratu rancangan bual bicara, Oprah Winfrey akan melancarkan dua program baharu di Apple TV Plus, iaitu sebuah rancangan yang akan memaparkan tentang kesihatan mental dan sebuah lagi rancangan berkaitan isu gangguan seksual di tempat kerja. Selain itu, Oprah juga akan menggunakan platform Apple untuk melancarkan apa yang disifatkan sebagai Kelab Buku terbesar di dunia.

Selain itu, pengarah-pengarah filem terkemuka dunia, Steven Spielberg dan M. Night Shyamalan juga akan membuat filem-filem asal dan asli melalui platform ini.

Tarikh sebenar pelancaran Apple TV Plus tidak diumumkan, tetapi Apple berkata perkhidmatan ini akan dilancarkan sekitar musim luruh tahun ini.





Source link

Related Posts