Uncategorized

Orang Kita Takut Dengan Saham ‘Mahal’


Biasanya kalau ikut definisi, saham mahal adalah saham-saham yang berharga di atas RM1.00. Bunyinya macam kelakar bukan?

Sayangnya pelabur saham di Bursa Malaysia berpendapat saham yang harganya atas RM1.00 sudah cukup mahal. Tetapi itulah realiti pelabur runcit yang ada di Bursa Malaysia.

Mereka lebih cenderung membeli saham yang bawah RM1.00 (harga sen-sen), boleh beli banyak-banyak katanya.

Sumber : BursaMarketPlace

Gambar di atas adalah contoh saham patuh syariah yang berharga lebih RM1. Mengungguli carta adalah saham Nestle, baru RM148 seunit. Mahal ke? Eleh, dulu masa harga dia RM50 pun kata mahal juga.

Semasa artikel ini ditulis, jika mengikut screener BursaMarketplace, saham patuh syariah yang berharga bawah RM1 ada sebanyak 447 saham. Paling murah berharga RM0.015.

Ramai yang kami jumpa akan cakap

“Bro, modal aku kecik, kalau saham tu mahal tak boleh beli banyak pula”

Paling pelik, mereka yang ada duit juga tak nak beli saham ‘mahal’.

“Eh bro, saham harga RM1.00 kau kata mahal. Tak ada modal. Tapi saham harga 2 sen kau pulun beli sampai 100,000 unit”

Mengikut pemerhatian kami, ramai terikut-ikut dengan fahaman ini sebab:

1. Kawan cakap buat apa beli saham mahal, banyak lagi yang murah.
2. Duit sememangnya tak cukup nak beli.
3. Kalau beli saham yang mahal, dapat beli sedikit saja (unit).

Katakan anda mempunyai pegangan pada saham A pada harga RM10.00 dan saham B pada harga RM0.50. Kedua-dua saham mengalami kejatuhan harga yang sama iaitu 10 sen pada hari tersebut.

Saham A

Harga beli = RM10.00
Kejatuhan harga = 10 sen
Harga selepas kejatuhan
= RM10.00 – RM0.10 = RM9.90
Kadar kerugian
= (RM0.10/RM10.00) x 100% = 1%

Saham B

Harga beli = RM0.50
Kejatuhan harga = 10 sen
Harga selepas kejatuhan
= RM0.50 – RM0.10 = RM0.40 sen
Kadar kerugian
= (RM0.10/RM0.50) x 100% = 20%

Sebenarnya mana satu yang rugi lebih banyak?

Kita kena ubah persepsi saham bahawa saham RM0.05 tidak murah, saham harga RM10 pula sebenarnya tidak mahal. Risiko beli saham RM0.05 tidak sama dengan risiko saham RM10.

*Kemahalan atau kemurahan saham tu sebenarnya kena guna nisbah P/E. InshaAllah ada masa di artikel seterusnya kita cerita pasal nisbah P/E.

Beli Saham Bukan Ikut Harga Mahal Atau Murah

Pulak dah, habis tu nak tengok apa?

Sebenarnya kita tidak boleh kata saham itu murah atau mahal dengan melihat harga sahamnya sahaja. Juga tidak berapa bijak kalau melabur semata-mata hanya tengok harga saham.

Benda pertama yang patut para pelabur (jangka panjang) perlu lihat adalah sama ada prestasi keuntungan saham tu konsisten atau tidak.

Lagi satu, matlamat untuk melabur kita berbeza-beza.

Ada yang nak pulangan 10% setahun.
Ada yang nak pulangan 30% setahun.

Jadi apa bezanya saham murah atau mahal sekiranya kita boleh mencapai objektif pelaburan yang diinginkan?

Pesan Guru:

“Melabur dengan ilmu, bukan soal modal kecil atau besar, cari saham-saham yang mahal yang berpotensi bagus, in 10 days you should hit 10%” Hj Mohd Asri

Komen

komen





Source link