Uncategorized

Pa&Ma 2019 Baby Fiesta Tawar Peluang Perniagaan Menarik

Pa&Ma 2019 Baby Fiesta Tawar Peluang Perniagaan Menarik 1


Buat julung kalinya, majalah No. 1 pilihan ibu bapa Pa&Ma bakal menganjurkan ekspo bayi bertempat di SACC Shah Alam. Program yang bakal berjalan selama tiga hari dari 2-4 ogos 2019 bakal menjadi ekspo fiesta pilihan utama ibubapa tanah air.
Pa&Ma 2019 Baby Fiesta Tawar Peluang Perniagaan Menarik 2
Print.

Fiesta anjuran yang mengangkat konsep fiesta dalam expo nyata berbeza daripada penganjuran ekspo lain. Selain menawarkan pelbagai produk jualan keperluan bayi dan ibu, fiesta turut dimeriahkan dengan banyak aktiviti menarik dan bermanfaat buat ibubapa dan juga anak-anak kecil.

Dengan 14 juta pengikut di media sosial dan digital menerusi 15 IP Nu Ideaktiv, penganjur menganggarkan lebih 100,000 pengunjung bakal mengunjungi ekspo ini hasil daripada promosi besar-besaran yang dijalankan. Pa&Ma sendiri juga merupakan jenama diyakini di kalangan pembaca, pengamal perubatan, syarikat penawaran servis dan pengeluar produk berkaitan dengan 3 juta pelayar portal Pa&Ma dan 1.3 juta pengikut di Facebook.

Menyedari akan kelebihan yang dimiliki, penganjur menawarkan ruang atau booth perniagaan kepada para pengusaha atau pengeluar produk bayi, kanak-kanak dan ibu untuk menempah booth jualan mereka di fiesta ini. Tawaran diskaun 10% diberikan menerusi pendaftaran awal atau Early Bird sehingga 25 Jun ini. Pengusaha boleh memilih tiga (3) kategori ruang niaga iaitu Gold, Silver dan Bronze.
Pa&Ma 2019 Baby Fiesta Tawar Peluang Perniagaan Menarik 3
IMG_6192.

Pa&Ma 2019 Baby Fiesta Tawar Peluang Perniagaan Menarik 4
IMG_6214.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai tempahan booth, Fb Pa&Ma Baby Fiesta atau layari www.majalahpama.my atau hubungi : 019 675 305

Komen anda





Source link