Uncategorized

Panasonic Umum Perjanjian Kolaborasi Dengan GS-Solar


OSAKA, Jepun, 14 Mei 2019  /PRNewswire/ — Pada 9 Mei 2019, Panasonic Corporation mengumumkan bahawa ia telah memeterai perjanjian kolaborasi dengan GS-Solar (China) Company Ltd. dalam bidang teknologi fotovolta. Di bawah perjanjian ini, GS-Solar (China) akan memperoleh subsidiari pembuatan solar Panasonic, Panasonic Energy Malaysia, dan pada masa yang sama menubuhkan sebuah syarikat baharu bersama Panasonic. Dengan GS-Solar memegang 90% saham dan Panasonic memiliki baki 10% saham, kedua-dua syarikat akan bersama-sama mengendalikan dan melabur dalam syarikat baharu ini di Jepun, menumpu pada penyelidikan dan pembangunan teknologi HIT.

Berdasarkan kolaborasi ini, GS-Solar (China) akan menyepadukan inovasi dan teknologi pembuatan Panasonic dalam bidang HIT, untuk mendorong kejayaan dalam teknologi heterosimpang yang cekap serta menetapkan perkembangan untuk pembangunan industri tenaga. Kolaborasi ini turut membolehkan GS-Solar (China) untuk membantu memulakan proses pengindustrian dan pengembangan berskala luas untuk teknologi heterosimpang generasi seterusnya pada skala global.

Kolaborasi ini turut menyaksikan Panasonic aktif memobilisasikan teknologi simpanan tenaga, sistem pengurusan tenaga rumah dan sistem simpanan kuasa kecemasan, selain sumber-sumber tenaga baharu yang lain, untuk membantu menyokong pembangunan teknologi heterosimpang yang canggih dan meningkatkan daya saing produk mereka. Selain itu, syarikat akan menyepadukan HEMS, modul PV, bateri storan, sistem pam haba ECO Cute dan penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik. Panasonic akan turut melabur dalam bidang-bidang pembangunan bersama termasuk bangunan penggunaan tenaga sifar (ZEH), penyesuaian terhadap sistem pengurusan tenaga baharu untuk era subsidi tarif galakan dan penggunaan banyak produk dan teknologi berkaitan tenaga solar terhadap sistem simpanan tenaga kuasa kecemasan untuk digunakan semasa berlakunya bencana alam.

Sumber: GS-Solar

Komen

komen





Source link