Uncategorized

Para Pelabur, Amalkan Pendekatan Pemilihan Saham Yang Sesuai Dengan Diri Sendiri

Para Pelabur, Amalkan Pendekatan Pemilihan Saham Yang Sesuai Dengan Diri Sendiri 1


Jika anda membaca pengalaman para pelabur yang terkenal, kita akan mendapati setiap daripada mereka mempunyai keunikan tersendiri dalam pemilihan portfolio saham. Kejayaan mereka ini semestinya menjadi inspirasi kepada orang lain.

Walaubagaimanapun, tidak ada ketetapan kriteria dalam pemilihan sebuah saham. Semuanya terpulang kepada pendekatan yang individu tersebut hendak gunakan.

Benjamin Graham hanya fokus kepada pelaburan saham yang mempunyai nilai semasa murah (Diskaun), pendekatan seperti ini dipanggil Value Investing. Philip Arthur Fisher (Phil Fisher) hanya fokus pada pelaburan saham yang laju meningkat naik berbanding pesaing saham lain.

Ambil contoh syarikat X yang merupakan syarikat telekomunikasi, meningkat 400% berbanding syarikat telekomunikasi yang lain. Phil Fisher hanya melabur saham premium dengan pertumbuhan tinggi seperti itu. Bagi beliau melabur seperti itu dapat mengurangkan tekanan. Pendekatan pelaburan seperti ini di gelar sebagai Growth Investing.

Manakala Warren Buffett, salah seorang pelajar kepada Benjamin Graham semasa zaman kolej beliau hanya fokus kepada pelaburan Value Investing, yang mana telah membantu Warren Buffett meningkat naik pada awal karier beliau. Walaubagaimanapun selepas melalui zaman kolej, beliau telah mengaplikasikan panduan pelaburan Phil Fisher dalam falsafah pelaburan beliau.

Sehingga hari ini, metodologi pelaburan Warren Buffett adalah 85% daripada Benjamin Graham, dan 15% daripada Phil Fisher.

Apa yang kita boleh belajar di sini, tidak ada satu kaedah atau cara untuk berjaya. Ibarat sebuah petikan kata-kata emas ‘All roads lead to Rome’ (Semua jalan adalah menuju ke Rome).

Walaubagaimanapun, sudah semestinya setiap cara atau pendekatan mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing. Setiap pendekatan dalam pemilihan saham bergantung kepada terma dan jenis sesebuah saham yang menjadi tumpuan anda.

Sesebuah pendekatan memerlukan masa dan usaha serta banyak lagi daripada seorang pelabur. Pendekatan pemilihan portfolio saham seseorang mungkin sesuai bagi diri mereka tetapi mungkin tidak sesuai bagi individu lain.

Walaubagaimanapun, anda boleh menggabungkan beberapa pendekatan supaya sesuai dengan diri anda.

Bagi yang mendalami lagi ilmu pelaburan ni, jemput baca Apa Beza Growth Investing Dengan Value Investing (Pelaburan Pertumbuhan vs Nilai)?

Para Pelabur, Amalkan Pendekatan Pemilihan Saham Yang Sesuai Dengan Diri Sendiri 2

Komen

komen





Source link