Artikel Terkini

Pasang Sendiri Lantai Vinyl Di Rumah Dengan Modal Tak Sampai RM1K!


Sudah pasti ramai yang beranggapan untuk menukar lantai di kediaman akan menelan belanja yang besar kerana kerja yang leceh dan mengambil masa.

Tetapi berbeza bagi lelaki ini. Menerusi perkongsiannya di lama facebook,  Encik Khairul Ezuwan telah berjaya menukar lantai diruang tamu kediamannya dengan kos kurang dari RM1000!

Hanya dengan menggunakan kepingan vinyl yang dibelinya sendiri, lantai di ruang tamu berukuran 300 kaki persegi milik Encik Khairul yang lusuh dan bosan telah bertukar wajah dengan serta merta.

Di antara bahan yang dibeli olehnya adalah seperti 13 kotak (1 kotak berharga RM 58) Luxury PVC Plank berketebalan 3mm dan panjangnya 3 x 6 inci serta Gam khas Vinyl Glue (satu tong berharga RM68).

 

Vinyl jenis PVC Plank ini merupakan antara alternatif baharu dalam dekorasi melibatkan lantai kediaman yang mana tidak semestinya kita harus mengekalkan lantai jubin yang dipasang oleh pemaju kerana segalanya bergantung kepada kreativiti pemilik kediaman tersebut.

Malah tidak perlu berbelanja besar jika ingin menukar penampilan lantai kerana segala-galanya boleh dilakukan sendiri, apa yang penting rajin dan sabar seperti yang telah dibuktikan oleh pemilik kediaman ini.

Untuk maklumat, sebarang pengubahsuaian yang beliau lakukan adalah secara DIY tanpa mengupah mana-mana syarikat kontraktor. Disebabkan melakukan sendiri kerja-kerja memasang lantai vinyl maka beliau dapat menjimatkan kos renovasi yang bernilai RM3000-RM4000 dengan hanya mengeluarkan harga kos membeli barang-barang sebanyak RM1000 sahaja.

Antara peralatan yang digunakannya adalah seperti Pembaris L, Pisau, Pensel, Berus Cat, Gunting dan Kain buruk untuk membersihkan sebarang kotoran sebaik sahaja selesai kerja-kerja pemasangan.

“Saya banyak merujuk video tutorial di youtube tentang proses pemasangan lantai vinyl ini dan rasa bertuah kerana anak saya yang berumur 8 tahun juga turut membantu serta menyatakan bahawa lantai ini kalis air” ujar Pengurus Insuran ini.

 

 

 

 

 



Source link