Uncategorized

Pasaran Hartanah Mula Stabil Di Seluruh Malaysia


Menurut laporan dari The Edge, buat pertama kalinya pasaran hartanah menunjukkan perubahan positif yang dijangka bakal memulihkan pasaran hartanah yang kritikal di Malaysia untuk tahun ini. 

Data dan statistik yang dikeluarkan oleh NAPIC turut menunjukkan jumlah keseluruhan transaksi hartanah di Malaysia mengalami peningkatan 0.6% selepas tiga tahun menguncup.

Sungguhpun begitu, perubahan ini masih lagi berada dalam fasa yang lemah untuk kita berkata indsutri hartanah telah pulih.

Kredit: Edgeprop.my

Hal ini kerana, perubahan positif pasaran hartanah kini dilihat banyak dibantu oleh dasar perumahan kerajaan tempatan yang menggalakkan pembelian hartanah melalui kempen HOC.

Baca : Melonggarkan Syarat Pinjaman Bukan Jalan Penyelesaian

Pihak bank juga dilihat banyak membantu dengan menawarkan pelbagai skim untuk pembeli rumah pertama dan menjadi panel bank bagi banyak projek hartanah. 

Kredit: PR1MA

https://hartabumi.com/wp-content/uploads/2019/05/pasaran-hartanah-mula-stabil-hartabumi-03.jpg

Sungguhpun begitu, pasaran hartanah masih dipengaruhi keadaan semasa makroekonomi tempatan dan global. Seperti yang dijangka sebelum ini, dasar perumahan oleh kerajaan dan pembiayaan pinjaman kekal menjadi isu utama dalam pasaran hartanah. 

Baca : Industri Hartanah Perlukan Pangkalan Data Permintaan Rumah

Pemaju hartanah juga harus berusaha memulihkan pasaran hartanah dengan menawarkan hartanah yang bersesuaian dengan permintaan semasa. 

Kredit: Thesundaily.my

Isu ini nampak penting lagi – lagi di bandar utama yang menyaksikan bangunan komersil dan perumahan tidak terjual dalam jumlah yang sangat tinggi. 

Baca : Turun Naik Harga Rumah Di Kuala Lumpur (2014 – 2018)

Sungguhpun projek – projek baru yang bercirikan komersil mewah telah dikurangkan, isu lebihan penawaran unit tersebut masih berlaku dan proses untuk membaik pulih pasaran ini bakal berdepan dengan cabaran. 





Source link