Artikel Terkini

Pejabat Terlindung Covid Pertama – IMPIANA


Sebagaimana yang kita semua tahu akan dunia kini dilanda musibah virus Covid19 yang masih belum ditemui vaksin. Kebanyakan perniagaan harus meneruskan perniagaan mereka agar ekonomi negara tidak terjejas. Walaubagaimanapun kita harus patuh akan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Sambil syarikat-syarikat perniagaan mengalihkan semula tumpuan operasi daripada kesediaan Covid-19 kepada pemulihan perniagaan, sudah tiba masanya untuk sektor hartanah memikirkan semula bagaimana ruang pejabat komersial boleh diberi nafas baharu dan dibuka semula untuk menjamin kesinambungan dan kesejahteraan di tempat kerja.

Inilah pesanan yang ingin disampaikan oleh KL 33 Properties Sdn Bhd (KL 33 Properties), pemilik Menara KL33 kepada para pemilik, tuan punya dan pengurus bangunan pejabat.

Memandangkan pandemik Covid-19 telah meningkatkan kesedaran tentang hubungan antara persekitaran fizikal dan kesihatan manusia, KL 33 Properties kini merintis jalan untuk melancarkan ruang pejabat ‘Covid Secure’ (Terlindung Covid) pertama di Menara KL33, sebuah bangunan komersial bersepadu yang terletak secara strategik di pusat perniagaan utama Segi Tiga Emas Kuala Lumpur.

Sebagai bangunan pertama seumpamanya di Malaysia, pejabat ‘Covid Secure’ yang dilengkapi sepenuhnya ini telah disusun atur dan dirangka semula secara khusus untuk mematuhi peraturan penjarakan sosial enam kaki bagi mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan para penghuni dan penyewa.

Pengarah Eksekutif KL 33 Properties, Tan Kok Leong, berkata, “Kami gembira untuk melihat lebih ramai orang kembali ke pejabat selepas pembukaan semula pelbagai sektor perniagaan secara beransur-ansur . Walaupun ramai yang tidak sabar-sabar untuk kembali ke pejabat, kita tidak boleh mengabaikan tahap kebimbangan dan ketidakpastian yang masih tinggi dalam kalangan sesetengah penghuni pejabat.

Dengan beralih kepada konsep pejabat ‘Covid Secure’, kami dapat memenuhi keperluan operasi di tempat kerja yang nyata berubah, dan lebih penting lagi, menyediakan persekitaran yang meyakinkan pekerja untuk kembali ke pejabat dengan selamat.”

KL 33 Properties juga telah memperkenalkan Program ‘Sewaan Mudah’ untuk membantu syarikat mengembalikan tenaga kerja ke pejabat dengan selamat, tanpa kos permulaan yang tinggi. Di bawah Program ‘Sewaan Mudah’, syarikat-syarikat boleh melunaskan semua kos langsung yang terlibat dengan pengubahsuaian dan perangkaan semula pejabat secara ansuran sewa bulanan, dengan tempoh sewaan fleksibel, bermula daripada tiga bulan.

“Ekoran penularan pandemik Covid-19, banyak syarikat beroperasi dalam keadaan tertekan, mengimbangi keperluan untuk memulakan perniagaan dengan usaha mewujudkan pengalaman kembali bekerja yang selamat. KL 33 Properties komited untuk memainkan peranan kami meringankan beban penyewa kami. Program ‘Sewaan Mudah’ ini disasarkan kepada syarikat-syarikat yang peka bajet, terutamanya syarikat-syarikat baharu, supaya kakitangan mereka kembali bekerja di dalam pejabat yang terlindung daripada Covid, dan dalam pada itu, menjimatkan tunai agar mampu menghadapi cabaran ekonomi,” kata Tan.

Menurut satu tinjauan dalam talian yang melibatkan penghuni hartanah yang dimiliki dan diuruskan oleh syarikat-syarikat dalam kumpulan KL 33, organisasi yang telah kembali ke pejabat secara selamat menetapkan penjarakkan fizikal, protokol pembersihan dan pengubahsuaian kemudahan sebagai tiga pertimbangan utama mereka.

Bagi mengamalkan kebiasaan baharu dalam operasi di tempat kerja, Menara KL33, sebuah bangunan pejabat Gred A yang mempunyai 25 tingkat, dan telah disesuaikan semula untuk memenuhi keperluan persekitaran pasca Covid-19. Susun atur ruang kerja dan ruang dalaman belum dihuni boleh disesuaikan semula untuk mematuhi cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang mengesyorkan jarak 6-kaki antara setiap orang dalam semua persekitaran tempat kerja, termasuk stesen kerja, bilik mesyuarat dan juga di bilik pantri.

Ciri-ciri inovatif lain termasuk pemeriksaan biometrik dan suhu di ruang menyambut tetamu utama bangunan dan di pintu masuk pejabat masing-masing; aliran lalu lintas satu hala di ruang umum dan semua pintu masuk dan keluar, dan juga kemudahan tanpa sentuhan di bilik air, untuk mengurangkan sentuhan langsung dengan pelbagai permukaan.

Oleh kerana kesedaran yang semakin meningkat tentang pengedaran semula udara yang boleh dirawat untuk mencegah penyebaran pencemar bawaan udara di dalam bangunan, sistem pengaliran udara berpusat di Menara KL33 telah diubah suai untuk menyalurkan udara segar ke persekitaran dalaman, manakala penyewa ada pilihan untuk memasang alat penyahkuman udara menggunakan teknologi sinaran ultraungu untuk mengurangkan mikroorganisma bawaan udara.

Bagi meningkatkan tahap keselamatan dan memudahkan pengesanan hubungan, semua pengunjung ke Menara KL33 perlu mengemukakan butiran hubungan menerusi kod QR yang disediakan apabila memasuki bangunan. Prosedur pembersihan dan sanitasi juga dipertingkatkan untuk memastikan permukaan yang kerap disentuh dibersihkan sebanyak tiga kali sehari, dan proses penyahjangkitan kerap dilakukan di semua kawasan yang kerap dilalui oleh pengguna di dalam bangunan.

Meninjau ke hadapan, KL 33 Properties tetap yakin tentang potensi jangka panjang bagi sektor ruang pejabat. “Permintaan bagi ruang pejabat pasti berubah selepas Covid-19. Kami percaya peningkatan kaedah kerja dari jauh tidak akan menjejaskan permintaan bagi ruang pejabat. Ruang pejabat komersial masih memainkan peranan penting untuk menggalakkan produktiviti dan kerjasama, dan merupakan salah satu faktor penting untuk menarik dan mengekalkan bakat. Malah, sesetengah syarikat mungkin menambah saiz pejabat untuk membawa seluruh tenaga kerja kembali bekerja sambil mematuhi peraturan penjarakan fizikal,” jelas Tan.

“Pandemik Covid-19 telah mencetus anjakan paradigma dari segi reka bentuk dan penggunaan ruang pejabat. KL33 Properties sedang berganding bahu dengan perunding hartanah kami, JLL Property Services Malaysia, untuk membantu penyewa mentafsirkan semula ‘pejabat masa depan’. Dengan mereka semula susun atur, protokol keselamatan dan kesejahteraan di pejabat dan juga pengurusan kemudahan, keseimbangan perlu dicapai antara risiko kesihatan dan produktiviti di tempat kerja. Ini penting untuk memastikan sektor pejabat komersial dapat bertahan dalam jangka panjang,” kata Tan.

Galeri pejabat contoh ‘Covid Secure’ Menara KL33, kini dibuka untuk kunjungan, setiap Isnin hingga Jumaat, dari jam 9:00pg hingga 6:00ptg. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Lim Yen Yeng di Tel: 016-631 7803 atau e-mel: yen@jaya33.com. Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila layari www.kl33.my

#CovidSecureOffice

#KL33



Source link