Uncategorized

Pelabur asing tarik diri itu perkara biasa, Malaysia tidak begitu risau – Tun M

Pelabur asing tarik diri itu perkara biasa, Malaysia tidak begitu risau - Tun M 1



Pelabur asing tarik diri itu perkara biasa, Malaysia tidak begitu risau - Tun M 2

TOKYO: Kerajaan tidak begitu risau mengenai sentimen pelabur asing di negara ini, termasuk tindakan mereka yang menarik pelaburan keluar dari Malaysia, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, keadaan itu memang dialami Malaysia, tetapi tidak seteruk negara-negara lain yang turut menjadi mangsa ekoran perang dagang yang berlaku antara Amerika Syarikat dan China.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan, Malaysia kini dalam landasan yang betul untuk kembali menjadi kuasa ekonomi yang kukuh, ekoran pertumbuhan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta pendapat per kapita rakyat yang semakin meningkat.

“Kami berharap untuk terus melihat kadar pelaburan meningkat di negara ini. Untuk itu, Malaysia memerlukan bantuan anda untuk melaporkan apa yang sedang berlaku di dalam negara ini,” katanya kepada wakil media antarabangsa di Kelab Pengamal Media Antarabangsa Jepun, di sini hari ini.

Perdana Menteri mengadakan perjumpaan dengan wakil media sebagai sebahagian daripada program lawatan kerja rasmi beliau ke Jepun selama tiga hari, bermula Rabu.

Menjelaskan lebih lanjut, Dr Mahathir berkata, Malaysia sudah berjaya mengurangkan hutangnya daripada RM1 trilion kepada kadar terkini iaitu 80 peratus KDNK.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan Malaysia memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga tahun bagi mengurangkan paras hutang negara dari kadar sedia ada kepada 54 peratus KDNK.

“Kami sedang melakukan tugas yang sukar kerana kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) telah meninggalkan banyak legasi yang tidak menyenangkan.

“Sebagai contoh, mereka meminjam terlalu banyak wang, melebihi kadar siling yang ditetapkan.

“Kami perlu mencari jalan membayar hutang, dan mengurangkannya kepada kadar yang berpatutan agar ia tidak akan menjejaskan segala pendapatan yang diraih ketika kami mentadbir negara ini,” katanya lagi.





Source link

Related Posts