Artikel Terkini

Pelabur Asing Telah Bawa Keluar Wang Sebanyak RM11 Bilion Sejak Awal Tahun


Ianya sesuatu yang menakutkan, tetapi itulah realiti yang berlaku kepada negara kita. Ditambah lagi dengan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia, sudah pasti kesannya amat dirasai.

Kalau nak tahu, pelaburan asing di Bursa Malaysia memainkan peranan yang penting dalam memacu ekonomi negara kita. Kedatangan pelabur asing ke Malaysia merupakan satu petanda yang positif yang memberi gambaran bahawa negara kita merupakan negara yang stabil untuk dijadikan pelaburan.

Pelaburan asing ini terbahagi kepada dua jenis yang mana pertama dikenali sebagai Foreign Direct Investment. Secara asasnya pelaburan seperti ini adalah dengan membina kilang di sesebuah negara dan mengeluarkan produk mereka di negara tersebut. Kos yang murah akan diperolehi jika negara tersebut mempunyai ramai pekerja.

Pelaburan asing yang kedua pula ialah Foreign Indirect Investment atau Foreign Portfolio Investment di mana pelaburan asing dilakukan melalui pembelian saham syarikat tempatan menerusi pasaran saham di negara tersebut.

Pelaburan seperti ini adalah lebih selamat bagi pelabur asing kerana mereka boleh memindahkan wang pelaburan mereka dengan begitu mudah tanpa memikirkan aset pelaburan (kilang). Modal pelaburan boleh dikeluarkan dalam tempoh masa yang singkat berbanding jenis pelaburan yang pertama.

Faktor Yang Menarik Minat Pelabur Asing Untuk Melabur

Di antara faktor yang menyebabkan pelabur asing minat melabur ke sesebuah negara adalah kestabilan politik negara. Pelabur asing akan  melabur di negara yang mana politiknya stabil disebabkan mereka mendapat jaminan pelaburan mereka itu akan mendatangkan keuntungan dalam suatu tempoh yang tertentu.

Faktor seterusnya adalah kadar tukaran wang asing. Ini akan mempengaruhi kos operasi mereka di negara tersebut.

Kebanyakan pelabur asing adalah yang melabur di sesebuah negara ini berasal daripada negara industri iaitu negara G8, negara-negara maju dunia.

Kedudukan kewangan negara mereka yang stabil menjadikan nilai wang mreka lebih tinggi berbanding dengan negara yang dilaburkan mereka itu, sekaligus dapat memberi pulangan yang berlipat kali ganda.

Kadar cukai yang rendah juga memainkan peranan penting dalam menarik minat pelabur asing. Kadar cukai yang rendah dapat memberikan keuntungan yang maksimum keapada syarikat dari luar.

Keadaan Sekarang Kurang Memberangsangkan

Kini situasi pelaburan asing di negara kita dilihat kurang memberangsangkan disebabkan oleh virus pandemik yang melanda di seluruh dunia pada ketika ini. Dana pelaburan asing sejak awal tahun telah menunjukan kemerosotan yang tinggi disebabkan pelabur asing mula menjual pengangan saham mereka kepada pelabur tempatan.

Aliran wang yang keluar dari Bursa Melaysia kini telah mencecah paras RM11.1 billion. Satu jumlah yang sangat besar jika dibandingkan dengan jumlah dagangan yang didagangkan di Bursa Malaysia.

Hampir setiap minggu, ada saja ratusan juta pelabur asing menjual pegangan mereka dari pasaran saham tempatan. Walaupun jumlah ini dikatakan agak besar, Malaysia berada di tempat ketiga selepas Indonesia dan Filipina.

Bursa Malaysia juga turut terkena tempias dengan pengumuman yang dibuat oleh pentadbiran Donald Trump terhadap perdangangan dengan China yang mana beberapa kadar tarif baru akan dikenakan oleh pentadbirannya terhadap beberapa barangan dari China yang memasuki negara itu.

Selain itu juga, ia adalah satu bentuk hukuman yang dikenakan terhadap ekonomi China kerana menurut mereka, China telah gagal menghalang penyebaran virus Covid-19 ini daripada merebak ke seluruh dunia.

Sumber Rujukan:



Source link