Uncategorized

Pelaburan Hartanah Dengan Hanya RM350 Sebulan, Biar Betul?

Pelaburan Hartanah Dengan Hanya RM350 Sebulan, Biar Betul? 1


Macam tak percaya kan? Ada ke hartanah yang boleh dibeli
dengan instalment bulanan hanya RM350 sebulan? Macam tak masuk akal je.

Ya, ianya dikenali sebagai UniSuites Kampar yang terletak di
Kampar, Perak. Jom kita tengok dengan lebih mendalam hartanah yang dimaksudkan.

Pelaburan Hartanah Mengikut Trend Masa Kini

Masalah utama kebanyakan orang untuk tidak melabur dalam
hartanah adalah daripada segi modal yang tinggi, dan ketidakpastian samada akan
ada orang menyewa unit tersebut. Dengan adanya UniSuites Kampar ini, ia dapat
menyelesaikan kedua-dua masalah utama yang dihadapi.

Bagaimana?

Harga Yang Mampu Milik

Kalau diikutkan, hampir semua orang pasti layak untuk
membeli hartanah di UniSuites Kampar ini. Dengan harga tak sampai RM70,000
(selepas pelbagai diskaun + diskaun bumiputera), ini bermakna bayaran kepada
pihak bank hanyalah RM350 sebulan.

Kalau kita buat kiraan mudah mengikut Debt to Service Ratio
(DSR) sebanyak 60%:

RM350 / 60% = RM583

Ini bermakna, jika gaji bulanan anda sebanyak RM583 pun dah boleh beli UniSuites Kampar ni.

Takkanlah gaji anda RM583 je kan? Sedangkan gaji minima yang
ditetapkan oleh pihak kerajaan pun adalah sebanyak RM1,100 sebulan.

Dengan gaji minima pun dah layak untuk beli, ini bermakna
rakyat Malaysia yang bekerja dah mampu nak beli. Cuma nak taknak je beli.

Atau dalam erti kata lain, sudikah kita bayar RM350 setiap
bulan demi sebuah hartanah. Atau kita mahu habiskan duit membeli kereta?

Penyewa Sedia Ada

Pelaburan Hartanah Dengan Hanya RM350 Sebulan, Biar Betul? 2

Bila dah mampu beli rumah dengan bayaran sebanyak RM350, kini ianya datang pula dengan penyewa sedia ada. Eh, ye ke?

Kalau nak tahu, kawasan Kampar yang dimaksudkan ini adalah
pusat pembelajaran terkemuka di Perak, kalau tak di Malaysia. Ini kerana
terdapatnya Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) dan Tunku Abdul Rahman
University College (TARC). Ada seramai 25,000 pelajar di sini, dan untuk
pengetahuan – UTAR tidak mempunyai hostel untuk para pelajar di kampusnya.

Ini menyebabkan para pelajar terpaksa menyewa di kawasan
sekeliling. Dan sudah pastinya, ini menyebabkan berlakunya permintaan yang
tinggi daripada pelajar untuk tinggal di sekitar Kampar.

Dan jika dilihat kepada lokasi di sekitar Kampar ini, kita
boleh dapati banyak kemudahan yang sedia ada. Kita ada Tesco dan Econsave untuk
membeli-belah dan barangan dapur, kita ada KFC, McDonalds, Starbucks, Old Town
White Coffee, Secret Recipe, Domino’s dan banyak lagi untuk makan dan lepak;
malah ada juga hotel dan stesen minyak Petronas yang berhampiran.

Makin meriah kawasan di sekitar, sehinggakan mereka yang
tinggal di luar Kampar pun akan datang ke sini untuk lepak. Maklumlah,
lokasinya yang sangat strategik dan penuh dengan pelbagai kemudahan.

Aliran Tunai Positif, Kutip Sewa Setiap Bulan Dengan Senang

Pelaburan Hartanah Dengan Hanya RM350 Sebulan, Biar Betul? 3

Ianya menjadi idaman setiap pelabur untuk mempunyai aliran tunai positif, atau lebih dikenali sebagai positive cashflow. Sebab apa?

Sebab penyewa yang bayarkan untuk instalment bulanan kita,
siap ada lebih lagi setiap bulan. Siapa yang taknak kan?

Kalau dilihat kepada kawasan di sekitar Kampar, unit
kediaman lain disewakan pada harga RM350 ke RM500 setiap bulan untuk satu
bilik. Ada unit yang dah bertahun-tahun lamanya, kondisi pun dah tak berapa
elok. Ada yang hanya dilengkapi perabot asas saja.

Tapi bila anda melabur ke dalam UniSuites Kampar ni,
serba-serbi lengkap.

Ada almari, ada katil, ada tilam, ada meja belajar, ada
kerusi, ada peti ais kecil, ada pemanas air untuk mandi air panas, ada penghawa
dingin untuk tidur dengan lebih lena; dan bermacam-macam lagi.

Senang cerita, anda tak perlu buat apa-apa, tak perlu keluar
belanja untuk beli barang-barang kelengkapan rumah yang lain.

Penyewa pun masuk rumah cuci kaki saja, semuanya dah ada.

Sudah pastinya kadar sewa lebih daripada instalment bulanan
RM350 kan?

Banyak Lagi Kelebihan UniSuites Kampar

Pelaburan Hartanah Dengan Hanya RM350 Sebulan, Biar Betul? 4

Ingatkan UniSuites Kampar dah pun berjaya menyelesaikan dua masalah besar iaitu harga yang mampu dimiliki dan penyewa sedia ada dengan aliran tunai positif, tapi anda masih tak berpuas hati lagi?

Jangan risau, ada banyak lagi kelebihan melabur hartanah di
sini:

WiFi Percuma Untuk
Penyewa

Zaman sekarang, kalau takde perkhidmatan internet memang
susah. Kini anda tidak lagi perlu risau hidup tanpa internet, kerana ianya
disediakan secara percuma.

Pelbagai Kemudahan
Disediakan

Sesuai dengan gaya hidup aktif pelajar yang menjadi sasaran
utama di sini, kemudahan seperti gimnasium, kolam renang, gelanggang badminton,
gelanggang bola keranjang, bilik membaca, dewan serbaguna, kawasan barbeku dan
banyak lagi.

Bukan itu sahaja, UniSuites Kampar turut menawarkan tahap
perlindungan yang tinggi. Ini kerana ianya merupakan projek ‘gated and guarded’
dengan keselamatan dua peringkat. Bukan mudah untuk orang luar masuk untuk
melakukan perkara yang diingini.

Bagi pelajar universiti dan kolej pula, perkhidmatan bas
disediakan untuk ke universiti dan kolej. Bagi mereka yang taknak berjalan kaki
ke tempat belajar, boleh gunakan perkhidmatan yang disediakan ini.

Pengurusan Penyewa
Percuma

Tiada masa untuk menguruskan penyewa, UniSuites Kampar ada
menyediakan perkhidmatan pengurusan penyewa tanpa sebarang bayaran. Kita hanya
tunggu saja duit sewa bulan masuk ke dalam akaun, tak perlu pergi ke sana dan
kutip sendiri.

Ini kerana, UniSuites Kampar telah melantik Rahim & Co
sebagai syarikat pengurusan bagi pihak university. Mereka inilah juga yang akan
menjaga bahagian pengurusan pihak penyewa dan unit-unit pembeli.

Mudah kan?

Rekabentuk Yang Moden

Ini dikira tambahan kepada semua di atas, maklumlah kawasan
tumpuan pelajar – semestinya ia perlu sesuai dengan citarasa moden masa kini.
Bila kena dengan taste pelajar, maka
semakin sukalah mereka untuk menetap di sini.

Wariskan Kepada Anak

Bila dah habis bayar nanti selepas 25 atau 30 tahun, kita
pun dah habis bayar dan seterusnya boleh diwariskan kepada anak-anak kita pula
nanti.

Dapat juga mereka jadikan sebagai pendapatan setiap bulan,
seterusnya mendidik mereka untuk menjadi generasi yang celik tentang pelaburan
hartanah.

Biar mereka tentukan samada nak teruskan menyewa atau jual
nanti.

Nak Melabur Atau Nak Melebur?

Sekarang dah tahu kelebihan UniSuites Kampar ni, tanya diri
sendiri samada nak melabur RM350 sebulan ke dalam hartanah atau nak belanja ke
tempat yang lain?

Orang kita ni biasanya nak beli kereta dulu sebelum beli
rumah, maklumlah orang ramai lebih mementingkan gaya. Bila ada kereta, kononnya
kita dilihat sebagai seorang yang berjaya dan ‘cool’.

Tapi apa kata kita tahan sikit nafsu untuk beli kereta,
sebaliknya beli rumah terlebih dahulu.

Jom kita buat perbandingan di antara beli beli hartanah
berbanding beli kereta.

Hartanah vs Kereta

Untuk prestasi hartanah, kita akan gunakan data yang boleh dimuat turun di laman web NAPIC (National Property Information Centre) yang merupakan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara.

Untuk prestasi kereta pula, kita akan gunakan laman web jual
beli terkemuka Malaysia, iaitu mudah.my.

Prestasi Hartanah

Pelaburan Hartanah Dengan Hanya RM350 Sebulan, Biar Betul? 5

Merujuk kepada gambar di atas, didapati bahawa harga rumah
di Perak meningkat sebanyak 80.2 mata dalam tempoh 8 tahun (dari tahun
2010-2018). Ini bermakna, kenaikan 80.2% dicatatkan bagi tempoh 8 tahun, atau
kenaikan sebanyak 10.03% setahun.

Prestasi Kereta

Pelaburan Hartanah Dengan Hanya RM350 Sebulan, Biar Betul? 6

Manakala bagi kereta pula, kita akan gunakan kereta Toyota
Vios yang juga berharga RM70,000 sebagai perbandingan. Katakan kita beli kereta
tersebut 8 tahun yang lalu:

Harga tertinggi yang boleh diperolehi jika hendak menjual
Toyota Vios selepas 8 tahun, adalah RM39,000. Ini menunjukkan penurunan
sebanyak RM31,000 atau 44.29%, iaitu penurunan sebanyak 5.54% setahun.

  UniSuites Kampar Toyota Vios
Harga RM70,000 RM70,000
Selepas 8 Tahun Naik 80.2% = RM126,140 Turun 44.29% = RM39,000
Bayaran Bulanan RM350 RM881

Beli kereta dahlah bayar bulanan lebih tinggi, tapi ianya
susut nilai pula.

Berbanding dengan instalment bulanan yang lebih rendah untuk
pelaburan hartanah, harganya pun steady naik setiap tahun.

Cakap banyak tak guna, klik sini kalau nak tahu lebih lanjut mengenai UniSuites Kampar.

Siapa cepat dia dapat, apa-apa roger.

Pelaburan Hartanah Dengan Hanya RM350 Sebulan, Biar Betul? 7

Komen

komen





Source link