Artikel Terkini

Pelaburan Saham (Ekuiti) VS Komoditi, Ambil Tahu 12 Perkara Ini

william iven dAmHWsRYP9c unsplash - Pelaburan Saham (Ekuiti) VS Komoditi, Ambil Tahu 12 Perkara Ini


Alhamdulillah, semakin ramai yang celik berkenaan dengan pelaburan dan mengapa penting untuk kita melabur. Tapi dengan pelbagai pilihan yang ada depan mata, sampai tak tahu mana satu nak dipilihnya.

Kalau sebelum ini kami pernah siarkan Pelaburan Saham vs Hartanah, Ini 9 Perbandingannya; kali ini kita akan tengok pula pelaburan saham vs komoditi.

Saham ramai dah tahu, kalau di Malaysia kita ada Bursa Malaysia. Tapi apa pula komoditi?

Kalau dilihat kepada terjemahan Oxford:

“A raw material or primary agricultural product that can be bought and sold, such as copper or coffee.”

Lexico – Powered by Oxford

Di Malaysia, di antara komoditi yang popular yang biasa didagangkan adalah minyak mentah (WTI dan Crude), FCPO (minyak kelapa sawit), emas dan perak.

10 Komoditi Yang Paling Aktif Didagangkan Dalam Dunia Pelaburan1 - Pelaburan Saham (Ekuiti) VS Komoditi, Ambil Tahu 12 Perkara Ini

Sekarang kita dah tahu apa yang dimaksudkan dengan komoditi, jom kita tengok pula perbezaan di antara pelaburan saham berbanding pelaburan komoditi ini.

1. Pemegang (Holder)

Pemegang saham dikenali sebagai shareholder manakala pemegang komoditi dipanggil option holder.

2. Pemilikan (Ownership)

Pembeli saham untuk sesebuah syarikat itu telah dikira sebagai pemilik syarikat tersebut walaupun memiliki saham dalam jumlah yang kecil.

Manakala commodity trader tidak  tidak dikira pemilik kepada ladang/lombong yang mengeluarkan komoditi tersebut walaupun memiliki sebahagian besar komoditi tersebut.

3. Turun Naik (Volatility)

Volatility di dalam pasaram komoditi adalah lebih besar jika dibandingkan dengan pasaran saham.

Di antara faktor yang menyebabkan volatility tinggi dalam pasaran komoditi terutamanya makanan, adalah disebabkan oleh keadaan yang tidak menentu terutamanya berkaitan dengan cuaca. Jika ribut melanda, tanaman semua rosak dan harga komoditi yang didagangkan pun menjunam.

Begitu juga halnya dengan harga minyak mentah, mana pernah dalam sejarah harga komoditi hitam ini boleh jadi negatif.

Baca: 4 Sebab Mengapa Minyak Mentah WTI Menjadi Serendah Negatif $40 USD Setong.

4. Risiko (Risk)

Oleh kerana volatility di dalam pasaran komoditi adalah tinggi, maka risiko pelaburan pasaran komoditi adalah lebih tinggi.

Tetapi bila volatility lebih tinggi, keuntungan yang boleh diperolehi juga adalah lebih tinggi.

5. Dividen (Dividend)

Di dalam pasaran saham, terdapat syarikat yang membayar dividen kepada pelabur apabila syarikat mencatatkan keuntungan. Ini sebagai salah satu insentif kepada para pelabur.

Sebaliknya bagi pelaburan komoditi, tiada dividen dibayar kerana commodity trader tidak mempunyai ownership terhadap syarikat yang mengeluarkan produk komoditi tersebut.

6. Tukaran Perdagangan (Exchange Traded)

Pusat perdagangan saham yang paling terkenal adalah di New York (New York Stock Exchange) yang memegang lebih kurang 30% nilai pasaran dunia. Di Malaysia pula kita ada Bursa Malaysia.

Manakala bagi commodity exchange ia mempunyai pelbagai tempat kerana setiap commodity exchange hanya khusus kepada komoditi tertentu sahaja untuk didagangkan. Ada juga exchange yang boleh trade banyak komoditi, antara yang popular adalah NYMEX (New York Mercantile Exchange) dan CME (Chicago Mercantile Exchange).

7. Tarikh Luput (Expiry)

Pasaran saham tidak mempunyai tarikh luput dan pemegang saham boleh memegang saham sesebuah syarikat, selagi syarikat tersebut tidak dinyahsenarai daripada pasaran saham atau diisytihar muflis.

Manakala komoditi biasanya mempunyai kontrak dengan jangka hayat yang pendek, contohnya hanya sah untuk satu bulan saja. Setelah kontrak tersebut tamat, sesetengah komoditi itu tidak lagi bernilai terutamanya komoditi makanan.

8. Kecairan (Liquidity)

Pasaran saham mempunyai liquidity yang lebih tinggi berbanding dengan komoditi kerana lebih ramai penglibatan dan jumlah pelaburan yang lebih tinggi di dalamnya.

9. Tempoh Masa (Time Frame)

Hampir sama seperti poin #7, kontrak jual beli saham adalah untuk jangka masa panjang berbanding komoditi yang mempunyai kontrak untuk jangka masa pendek.

10. Peraturan (Regulations)

Oleh kerana komoditi merupakan pasaran yang mempunyai risiko lebih tinggi, peraturan yang dikenakan kepada trader komoditi adalah lebih ketat berbanding dengan pasaran saham.

11. Kepelbagaian (Diversification)

Dalam pasaran saham, kebanyakan harga saham saling berkaitan di antara satu sama lain (contohnya sektor pelancongan saling berkait dengan sektor perhotelan dan penerbangan) walaupun bukannya semua.

Manakala bagi pasaran komoditi, setiap harga komoditi ini pada kebiasaannya tidak mempunyai kaitan di antara satu sama lain.

12. Saiz Lot (Lot Size)

Saham boleh dibeli di dalam lot yang kecil, contohnya Bursa Malaysia 1 lot bersamaan dengan 1 unit. Tapi di pasaran saham global contohnya di Amerika Syarikat, minima pembelian adalah 1 unit saja.

Manakala komoditi perlu dibeli dengan lot yang besar yang memerlukan modal yang  besar. Tapi sekarang ada juga lot mini yang lebih kecil dengan modal yang lebih kecil, bagi menarik minat pelabur runcit.

Sumber Rujukan:

Sekarang dah tahu perbezaan di antara saham dan komoditi, yang mana satu jadi pilihan hati?

SS Ads 300x250 T1 - Pelaburan Saham (Ekuiti) VS Komoditi, Ambil Tahu 12 Perkara Ini
Ads 300x250 b2 - Pelaburan Saham (Ekuiti) VS Komoditi, Ambil Tahu 12 Perkara Ini



Source link