Uncategorized

Peluang Membeli Rumah Di Bawah Harga Pasaran.


Siapa sahaja yang tidak mengimpikan untuk memiliki rumah sendiri. Salah satu matlamat kewangan bagi setiap individu adalah memiliki rumah dan tidak lagi perlu menyewa. Namun harga rumah yang ditawarkan pada masa ini kebanyakannya hanyalah “mampu tengok” sahaja.

Dengan kos sara hidup yang tinggi dan gaji yang rendah serta harga rumah yang mahal, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia gagal untuk memiliki rumah.

Bagi memastikan rakyat Malaysia mampu memiliki rumah, kerajaan melancarkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) minggu lalu. Antara yang ditawarkan dalam HOC adalah diskaun 10% bagi semua rumah PR1MA. Dengan pemberian diskaun 10%, pembeli tidak perlu mengeluarkan sebarang deposit untuk memiliki rumah tersebut.

Selain itu, jika anda membeli sepanjang tempoh kempen ini, fi guaman adalah percuma. Bagi pembeli rumah pertama pula, anda dikecualikan daripada membayar setem duit bagi bawah RM300,000 pertama.

Kepada mereka yang masih mencari-cari rumah idaman di Lembah Klang, senarai dibawah ini mungkin menarik perhatian anda.

1. PR1MA Alam Damai Cheras

Terletak di tengah bandar Cheras, rumah ini dijual bermula pada harga RM350,000 sebelum diskaun. Khas untuk rumah di Alam Damai, diskaun tambahan 15% ditawarkan menjadikan jumlah diskaun 25%.

Dengan diskaun berjumlah 25%, harga rumah yang ditawarkan bermula serendah RM267,750 sahaja! Jika dibandingkan dengan hartanah yang dijual sekitarnya, purata harga bagi apartment 3 bilik adalah sekitar RM450,000 – RM600,000.

Jika anda berminat boleh terus mohon disini > PR1MA Alam Damai Cheras

Pr1ma Alam Damai

2. PR1MA Jalan Jubilee, Bukit Bintang


Rumah ini sesuai bagi mereka yang berkerja di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Bermula pada harga RM400,000 bagi apartment 3 bilik, apartment ini juga dilengkapi dengan pelbagai fasiliti seperti gimansium dan kolam renang.

Rumah ini juga ditawarkan tambahan diskaun 10% + 10% Rebate sepanjang tempoh kempen HOC. Bermakna rumah PR1MA ini mula dijual serendah RM311,850. Di mana lagi anda boleh mendapatkan apartment yang lengkap dengan pelbagai fasiliti di bawah RM400,000 di tengah bandar raya Kuala Lumpur ini kalau bukan disini.

Jika anda berminat boleh terus mohon disini > PR1MA Jalan Jubilee

Pr1ma Jalan Jubilee

Semua diskaun dan tawaran menarik ini hanya diberikan sepanjang tempoh HOC sahaja. Anda tidak perlu risau mengenai deposit kerana tiada sebarang deposit dikenakan, cukup sekadar membawa slip gaji dan dokumen berkaitan untuk memohon dan menjadikan impian memiliki rumah sebuah realiti.


Langgan Info Terkini





Source link