Artikel Terkini

Penangan Covid-19, Teruskan Berbelanja Agar Ekonomi Tak Lumpuh


Covid-19 atau Coronavirus Disease ini adalah sejenis penyakit yang dibawa virus severe acute respiratory syndrome coronavirus 2 (SARS-CoV-2)

Kenapa nama
penyakit dan virus pembawa berbeza?

Ada 2 badan
berbeza untuk tentukan nama penyakit dan mengenal pasti virus terlibat.

International Committee on Taxonomy of Viruses (ICTV) adalah badan untuk menentukan nama virus dan pakar virologist serta pelbagai komuniti saintifik bekerjasama untuk menentukan nama bagi sesuatu virus.

Manakala bagi nama penyakit pula secara rasmi, datangnya dari World Health Organization (WHO) dalam International Classification of Diseases (ICD).

Sebagai contoh penyakit AIDS, virus pembawanya adalah HIV. Pernah dengar virus Rubeola?Ia adalah virus untuk penyakit Measles.

Biar Sakit Ekonomi Daripada Sakit Wabak Covid-19

Ya, tidak dinafikan dengan wujudnya wabak ini dan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan, ia sedikit sebanyak meningkatkan kos seperti belian bahan kering dan mentah, serta bil elektrik.

Walaupun begitu, dengan hanya duduk di rumah, peningkatan kos ini lebih baik daripada diri kita dan seisi keluarga dijangkiti CoVid-19; yang sudah tentu memberi ancaman nyawa kepada kita dan orang di sekeliling.

Namun, ada juga beberapa sektor yang lumpuh seketika seperti penerbangan, pelancongan, perkhidmatan serta pengangkutan kerana orang ramai terpaksai duduk di rumah.

Sektor yang mendapat permintaan tinggi adalah hand sanitizer, topeng muka, bahan makanan, internet dan teknologi, siaran tv berbayar, e-commerce, kedai runcit dan kedai serbaneka. Senang cerita, barang keperluan pengguna.

Covid-19 telah sedikit sebanyak mengganggu ekonomi dunia dengan 4 cara berikut:

  1. Putusnya rantaian bekalan import dan eksport
  2. Hilang pekerjaan akibat sakit atau disyaki terkena penyakit
  3. Penutupan kedai, halangan untuk bergerak keluar
  4. Hilang pekerjaan, syarikat tutup dan pengurangan pembelian akibat kurang pendapatan

Kajian menunjukkan bahawa 75% daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai walaupun RM1,000 dalam simpanan. Jika mereka hilang mata pencarian dalam tempoh sebulan, mereka akan terus termasuk dalam golongan miskin. Bagaimana untuk meneruskan kehidupan jika ada yang terpaksa berhenti kerja dan masih menanggung keluarga ketika ini?

Kini kerajaan telah mengemukakan inisiatif dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi iaitu:

  • Kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  yang berusia 55 tahun ke bawah boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 dengan kadar maksima RM500 dalam tempoh 12 bulan bermula 1 April 2020.
  • Pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak 4% membolehkan orang ramai mempunyai wang lebihan setiap bulan.
  • Memberi lanjutan dari 3 bulan kepada 6 bulan bagi penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Inisiatif lain adalah bank membolehkan kepada para peminjam untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman yang dipanggil payment holiday atau moratorium selama 6 bulan secara automatik.

Sebenarnya ia adalah tindakan sementara untuk membantu rakyat yang cukup terkesan dengan wabak Covid-19 ini.

Ekonomi negara boleh bertahan sekiranya rakyat aktif berbelanja dan melakukan pelaburan. Sebab itu diwujudkan semua inisiatif ini agar kita boleh terus berbelanja agar dapat merancakkan kembali ekonomi negara dan dalam masa yang sama membantu kita supaya tidak mengikat perut atau makan makanan yang tidak berkhasiat.

Kalau keperluan asas dah mencukupi, belajarlah untuk berjimat dan menyimpan sedikit untuk kegunaan masa akan datang.

Pepatah
sediakan payung sebelum hujan amat relevan sekarang.

Cara terbaik untuk keluar dari kemelut sekarang adalah dengan menggembleng tenaga untuk bersama-sama bekerjasama dalam kempen #StayAtHome. Semoga kita semua dapat bersabar menempuh dugaan ini.

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu.

Sumber Rujukan:



Source link