Uncategorized

Pengerusi Felda letak jawatan kerana faktor kesihatan – Tun Mahathir



KUALA LUMPUR: Faktor kesihatan menjadi sebab Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Felda berkuatkuasa 30 Jun ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Megat sebelum ini pernah mengemukakan hasrat untuk melepaskan tangungjawab mentadbir agensi berkenaan kepadanya.

“Beliau kata tidak sihat, sebab itu minta dilepaskan, kita bersetuju,” katanya semasa sidang media selepas menyampaikan ucaptama Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-33 bertajuk “New Malaysia in A Changing Regional Order” di sini, pada Selasa.

BACA: Sah, Megat Zaharuddin lepas jawatan Pengerusi Felda

BACA: Tan Sri Mohd Bakke kembali terajui Felda?

Megat dilantik sebagai Pengerusi pada 26 Julai 2018 dan telah berkhidmat hampir setahun di Felda.

Felda berkata Pengerusi baharu bakal diumumkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.





Source link

Related Posts