Uncategorized

Pengerusi PAC sepatutnya dari UMNO – Takiyuddin



KUALA LUMPUR: Pas memberi sokongan jika jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) diberikan kepada ahli parlimen pembangkang paling ramai, iaitu UMNO.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pemilihan anggota parlimen pembangkang memegang jawatan itu menjadikan PAC lebih berkesan.

“Amalannya parti pembangkang yang mempunyai paling ramai sepatutnya menjadi Pengerusi. Jadi UMNOlah. Ia bergantung kepada UMNO siapa nak dicalonkan. Ronald Kiandee pun dulu dari UMNO. Sepatutnya penggantinya dari UMNO. Saya difahamkan UMNO telah mengemukakan calonnya tetapi belum dilantik. Untuk lebih baik, dan efektif sepatutnya dari pembangkang,” katanya kepada media semasa ditemui di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Jelasnya, jawatan Pengerusi PAC bukan jawatan yang berkaitan dengan perundangan, dan sesiapa sahaja boleh dilantik.

“Mana-mana ahli parlimen boleh dilantik sebagai Pengerusi PAC tetapi PH dalam manifesto mereka mengatakan bahawa mereka akan melaksanakan hanya ahli parlimen pembangkang.

“Kalau zaman BN dulu, Pengerusi dari BN Timbalan Pengerusi dari pembangkang. Sekarang nampaknya Pengerusi dari kerajaan Timbalan juga dari kerajaan. Itu satu perkara lari jauh dari amalan asal. Paling kurang pun, kalau Pengerusi dari kerajaan Timbalannya mesti pembangkang sebab PAC ini adalah badan cukup penting untuk menyiasat, dan membuat rekomendasi kepada kerajaan kerana ia teguran audit,” tambahnya.

Mengulas lanjut, katanya pengunduran Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai anggota PAC adalah satu tindakan peribadi.

“Saya rasa tindakan Nurul Izzah ada asasnya, satu mungkin dari segi keberkesanan PAC dan kedua dia tidak bersetuju dengan kerajaan Pakatan Harapan yang tidak mengotakan janjinya,”  ujarnya.





Source link

Related Posts