Artikel Terkini

PENJANA: Ini rangkuman insentif bagi pekerja menyesuaikan diri dengan normal baharu



KUALA LUMPUR: Tiga teras utama diberi fokus bagi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat.

Pelan tersebut adalah bagi memacu kembali ekonomi Malaysia ekoran pandemik COVID-19.

Tiga teras utama tersebut adalah memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi.

Bagi teras memperkasakan rakyat, pelan yang diumumkan ini turut bertujuan untuk membina sebuah ekosistem yang dapat membantu pekerja kembali bekerja, dan menyesuaikan diri dengan cara kerja yang baru.

Berikut adalah rangkuman senarai pelan tersebut;

1) Insentif pengaturan kerja fleksibel

– Bagi menggalakkan amalan pekerjaan selaras dengan norma baharu, kerajaan memberikan beberapa insentif percukaian.

– Ia termasuk potongan cukai tambahan ke atas  perbelanjaan yang layak kepada majikan yang melaksanakan atau membuat penambahbaikan pengaturan kerja fleksibel sedia ada bermula 1 Julai 2020.

– Seterusnya adalah pengecualian cukai pendapatan sehingga RM5,000 kepada pekerja yang
menerima manfaat dalam bentuk telefon bimbit, tablet, komputer riba, dan tablet daripada majikan bermula 1 Julai 2020.

Pelepasan khas cukai pendapatan sehingga RM2,500 akan diberikan ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet bermula 1 Jun 2020.

– Susulan penambahan pekerja yang bekerja dari rumah, PERKESO akan melindungi pekerja yang ditimpa kemalangan semasa menjalankan pekerjaan di rumah bawah Skim Bencana Kerja.

2) Subsidi penjagaan anak

– Bagi memudahkan pekerja yang bekerja dari rumah, kerajaan akan membantu ibu bapa melalui subsidi dan insentif perbelanjaan perkhidmatan penjagaan anak.

– Ia termasuk pemberian e-Baucar bernilai RM800 untuk mendapatkan pengasuh secara dalam talian dan ia boleh dituntut sehingga penghujung Ogos 2020.

– Selain itu, geran secara ‘one-off’ sehingga RM5,000 kepada pengendali taska yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sehingga 31 Disember 2020 untuk memenuhi SOP penjagaan kesihatan baharu.

– Insentif tersebut adalah untuk melatih pengasuh baharu bagi penjagaan kanak-kanak dan kursus pendidikan awal di bawah KPWKM.

3) Subsidi Pengangkutan Awam MY30

– Kerajaan memperkenalkan pas perjalanan bulanan tanpa had pada kadar RM30 sebulan bagi penggunaan perkhidmatan re (MRT, LRT, Monorel), BRT, bas RapidKL dan bas pengantara MRT di Lembah Klang.

4) Bantuan sosial bagi golongan mudah terjejas

Bantuan kewangan secara ‘one-off’ bernilai RM300 akan diberikan kepada golongan OKU berdaftar dan ibu tunggal.

– Geran juga akan diberikan kepada NGO berkaitan.

5) Skim kesihatan PEKA B40

– Kerajaan menggandakan peruntukan sedia ada seperti program PEKA B40 kepada RM100 juta untuk membiayai empat kemudahan kesihatan kepada golongan B40.

– Empat kemudahan tersebut adalah saringan kesihatan, bantuan alat pernafasan, insentif rawatan kanser dan insentif tambang pengangkutan bagi kesihatan.

6) Perkihdmatan internet untuk pembelajaran dan peningkatan produktiviti

1GB percuma setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 6 petang untuk melayari laman web berkaitan pendidikan, produktiviti (aplikasi persidangan video) dan berita oleh syarikat telekomunikasi yang terlibat.

– Ia termasuk penggunaan percuma  tanpa had bagi aplikasi COVID-19 yang diusahakan kerajaan dan akses kepada laman web KKM dan kementerian lain.





Source link

Related Posts