Artikel Terkini

Penyelesaian Pengurusan Kredit Dan Pemantauan Kredit Percuma Untuk Syarikat, PKS & Pengguna


Ketika kerajaan dan barisan hadapan
penjagaan kesihatan memerangi wabak Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan sejak
18 Mac juga mencetuskan cabaran ekonomi dan kewangan yang belum pernah dilihat
sebelum ini dalam kalangan syarikat, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan
pengguna.

Malah, ‘normal baharu’ pada hari ini
memerlukan syarikat dan PKS Malaysia untuk memindahkan urusan perniagaan mereka
ke platform digital dengan selancar yang boleh; sama ada untuk menjalankan proses
perniagaan, membuat keputusan mahupun menguruskan kredit. Ini membolehkan
mereka beroperasi dari jauh, secara berkolaborasi dan jimat kos. Pada masa yang
sama, para pengguna turut perlu memantau kesihatan kredit dan melindungi
identiti peribadi mereka.

Experian, syarikat perkhidmatan maklumat global terkemuka di dunia, pantas menguatkan kehadirannya di Malaysia pada tahun 2019 dengan memperoleh saham majoriti di RAMCI (RAM Credit Information Sdn Bhd) yang sejak itu telah dijenamakan semula sebagai Experian pada Disember lalu. Demi membantu pengguna dan perniagaan Malaysia yang kini menghadapi pandemik Covid-19, Experian menawarkan penyelesaian pemantauan kesihatan kredit dan pengurusan kredit secara percuma dalam menempuhi cabaran masa kini.

Memperkasakan Syarikat dan PKS ke arah
Digital

Syarikat
dan PKS Malaysia boleh mendapat langganan 2 bulan percuma untuk CrediTrack+
yang menawarkan penyelesaian untuk pengurusan risiko kredit dan pengutipan
hutang selain pengurusan hubungan pelanggan secara digital, perkongsian &
penyimpanan fail selamat, serta analisis perniagaan.

Platform
digital yang padu, lancar dan serba-boleh ini mengintegrasikan maklumat
pelanggan dan membantu para peniaga untuk menilai, melindungi dan menguruskan
proses pengurusan kredit mereka dengan berkesan.

Selama tempoh 2 bulan, mereka dapat menilai prospek berpotensi dengan menggunakan 60 laporan kredit percuma, melindungi perniagaan melalui pemantauan percuma sehingga 500 pelanggan, pembekal dan rakan kongsi sedia ada setiap bulan. Selain itu, mereka juga boleh mengakses platform pemulihan dan pengurusan kredit untuk memantau serta mengurus pembayaran. Syarikat juga dijamin dapat menyimpan dokumen dan laporan penting dengan selamat di platform CrediTrack+.

Dawn
Lai, Ketua Pegawai Eksekutif, Experian Information Services (Malaysia),
berkata, “Kami juga menggalakkan syarikat
dan PKS supaya berfikir bukan sahaja untuk mengendalikan cabaran semasa, namun turut
mengambil pandangan jangka panjang bagi memanfaatkan CrediTrack+ demi
meningkatkan kemampuan digital mereka dan mempersiapkan diri untuk peluang
pertumbuhan dalam ekonomi digital.

“Inilah
masa yang paling penting untuk syarikat dan PKS Malaysia berpeluang mengubah
perniagaan mereka ke platform digital supaya mereka dapat mengatasi krisis ini,
sekaligus mempersiapkan diri apabila ekonomi kembali bermula ke era digital
baharu. Experian berperanan untuk membawa transformasi digital kekal dan kami
percaya kami dapat membantu syarikat dan PKS dalam mempercepatkan usaha
transformasi digital mereka di saat yang mencabar ini. Dengan keadaan semasa,
kami berpeluang untuk berkerjasama dengan banyak syarikat dan PKS untuk
meningkatkan kemampuan digital mereka dan kami berharap ramai lagi akan tampil
untuk melakukan perkara yang sama,” gesa Lai.

Mendidik
Pengguna mengenai Kesihatan Kewangan

Bagi
pengguna, Lai mengumumkan bahawa Experian di Malaysia menawarkan perkhidmatan
pemantauan kesihatan kredit percuma selama 3 bulan melalui JagaMyID.

“Pengguna
mesti mengambil tanggungjawab untuk mengesan dan mencegah penipuan identiti
sambil mengekalkan dan menguruskan kesihatan kredit mereka semasa pandemik
Covid-19 ini. Ia adalah penting bagi mereka untuk mengetahui sebarang perubahan
pada profil kredit mereka dan juga untuk sentiasa menilai skor kredit mereka
melalui laporan tersebut. Mereka yang mengalami kesulitan kewangan juga mungkin
tertanya-tanya bagaimanakah pembayaran lambat atau pembayaran yang dikurangkan akan
mungkin mempengaruhi laporan  Sistem
Maklumat Rujukan Kredit Pusat  (CCRIS)
oleh Bank Negara. Kami menggesa individu yang mempunyai kegusaran sebegini
untuk bersikap proaktif dan memeriksa laporan kredit mereka secara berkala
supaya setiap maklumat tersenarai mengenai penangguhan pinjaman atau perubahan adalah
tepat dan menghubungi pemberi pinjaman dan pemiutang mereka untuk membincangkan
pilihan yang ada, ” katanya.

Antara
ciri-ciri lain, JagaMyID percuma Experian membolehkan pengguna
mengakses skor kredit mereka yang terkini (iScore), mengemas kini profil kredit
peribadi mereka, menyemak maklumat CCRIS mereka dan mendapatkan maklumat lain
yang berkaitan dengan saman undang-undang, tindakan muflis, hutang lapuk dan
pembayaran ingkar oleh pemiutang bukan bank.

“Ini adalah penting untuk mendapatkan gambaran makro dari keseluruhan portfolio kredit dan pinjaman anda. Menguruskan kesihatan kredit anda dengan baik juga memperkasakan anda untuk berunding ke arah kadar faedah atau syarat kredit yang lebih baik tatkala anda menempuh masa hadapan yang tidak menentu,” jelas Lai.

Dev Dhiman, Pengarah Urusan, Asia
Tenggara & Pasaran Baharu Experian
berkata,
“Selari dengan arahan global Experian, kami bersiap sedia untuk membantu
syarikat, PKS, pengguna dan kerajaan dalam kegawatan ekonomi ini. Dalam masa
terdekat, apabila ekonomi kembali bermula, syarikat perlu mengakses kredit
dengan cepat. Pengguna, syarikat, pemberi pinjaman dan kerajaan perlu mengambil
kira dan menguruskan risiko dengan berhati-hati dalam persekitaran yang telah
berubah ini.

“Melihat keadaan semasa, kepakaran
Experian dalam data, analitik dan pengambilan keputusan secara langsung amatlah
bermanfaat dalam memacu kemudahan dalam pemulihan ekonomi. Oleh itu, kami
bersedia untuk menggunakan pengalaman dan pengetahuan kami dari pengendalian
perniagaan dan biro maklumat pengguna di lebih 20 pasaran seluruh dunia dimana kami
akan dapat berkongsi data terbaik dunia dan penyelesaian yang akan membantu
dalam membuat keputusan supaya dapat melayari ketidaktentuan ‘gelora’ masa
hadapan dengan berkesan,” tambahnya lagi.

Di samping itu, Dhiman menekankan
bahawa pendidikan berterusan mengenai pengurusan kredit dan kewangan adalah sangat
penting. Experian kini berusaha untuk berinteraksi dengan syarikat, PKS dan
pengguna di samping berbincang dengan kerajaan dan pihak berkuasa Malaysia dalam
meneroka peluang kerjasama untuk memberikan nasihat dan mencadangkan
penyelesaian untuk mengatasi cabaran semasa.

Mengulas
mengenai usaha untuk membantu Malaysia, Dhiman berkongsi bahawa dengan hampir
1,000 pekerja di Malaysia yang merupakan pasaran terbesar buat Experian di Asia
Tenggara, syarikat ini mempunyai tanggungjawab korporat untuk menjaga
kesejahteraan mereka dan membantu masyarakat di negara ini.

Untuk
menuntut langganan percuma sekarang:

(Syarikat & PKS) Langganan 2 bulan percuma CrediTrack+

(Pengguna) Langganan 3 bulan percuma JagaMyID

Mengenai Experian

Experian® adalah syarikat perkhidmatan maklumat global terkemuka di dunia. Saat-saat terpenting dalam kehidupan – dari membeli rumah atau kereta, menghantar anak melanjutkan pelajaran, sehinggalah mendapatkan pelanggan baharu untuk mengembangkan perniagaan – kami meletakkan kuasa di tangan pengguna dan pelanggan kami untuk menguruskan data mereka dengan yakin. Antaranya, kami membantu individu untuk mengawal kewangan mereka dan mengakses perkhidmatan kewangan. Kami turut membantu perniagaan untuk membuat keputusan yang lebih bijak supaya mereka dapat berkembang lebih maju. Selain itu, kami membantu pemberi pinjaman untuk memberi pinjaman dengan lebih bertanggungjawab, di samping membantu organisasi untuk mencegah penipuan dan jenayah identiti. Kami mempunyai 17,200 pekerja yang beroperasi di 44 negara dan saban hari, kami melabur ke arah teknologi baharu, bakat baharu dan inovasi untuk membantu semua pelanggan kami memaksimumkan setiap peluang yang tiba. Kami disenaraikan di Bursa Saham London (EXPN) dan tersenarai dalam FTSE 100 Index.

Ketahui lebih lanjut di www.experian.com.my atau lawati laman kandungan global kami untuk mendapatkan berita dan pandangan terkini dari Kumpulan Syarikat kami.

Penjenamaan Semula RAM Credit Information (RAMCI) Ke Experian

RAM
Credit Information (RAMCI) kini ialah Experian di Malaysia. Ia secara rasmi
dijenamakan semula pada bulan Disember 2019; mewujudkan satu perniagaan bersatu
yang menawarkan pelanggan akses yang lebih baik untuk rangkaian penyelesaian
yang lebih meluas dari data sehinggalah ke saat membuat keputusan, dikuasakan dengan
keupayaan Experian yang berskala global dan terkemuka dalam industri. Dengan
ini, Experian kini beroperasi sebagai salah satu biro kredit terkemuka di
Malaysia yang diakreditasi di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010. Kami
telah membina reputasi sebagai penyedia maklumat kredit dan perniagaan yang
dipercayai dalam beberapa dekad kebelakangan ini dan mempunyai pangkalan data
komprehensif yang telah dibina sejak 25 tahun yang lalu. Experian merupakan
Agensi Pelaporan Kredit (APK) pertama di Malaysia yang memperoleh pensijilan
International ISO 27001: 2013 pada Januari 2017.

Hari ini, kami mempunyai pengetahuan
domain memenuhi keperluan perniagaan dan pengguna di
Malaysia serta di peringkat global menerusi pelbagai perkhidmatan yang
komprehensif. Kami turut berkolaborasi dengan persatuan dan koperasi bagi
memenuhi keperluan ahli-ahli mereka. Keupayaan teras Experian termasuk maklumat
kredit atas talian, perkhidmatan pemantauan, perkhidmatan pemarkahan kredit,
dan perkhidmatan  maklumat antarabangsa.



Source link