Artikel Terkini

Penyelesaian Petronas-Sarawak: Pendekatan mampan ekonomi, kewangan, sosial negara – PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut baik kesepakatan antara Kerajaan Negeri Sarawak dan Petronas dalam nmenyelesaikan isu petroleum yang berlarutan sejak beberapa tahun lepas.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada petang ini, Muhyiddin menyifatkan penyelesaian ini sebagai pendekatan yang mampan dari segi ekonomi, kewangan dan sosial negara pada jangka panjang.

“Ini juga selari dengan dasar utama Kerajaan, iaitu Wawasan Kemakmuran Bersama,” ujarnya.

Penyelesaian iu juga menurut Muhyiddin akan memberi ruang kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk terlibat sama dalam dalam pembangunan industri minyak dan gas bersama Petronas di negeri berkenaan.

BACA: Sarawak dan Petronas sepakat selesaikan isu petroleum

BACA: Konflik Petronas dan Sarawak berakhir

Kerjasama ini bagaimanapun tidak akan mengubah peranan Petronas sebagai syarikat minyak negara yang mempunyai kuasa penuh dalam mengawal selia seluruh pembangunan industri minyak dan gas di negara ini, selaras dengan perlembagaan Persekutuan.





Source link

Related Posts