Uncategorized

Perang dagangan semakin sengit, Trump umum peningkatan tarif

Perang dagangan semakin sengit, Trump umum peningkatan tarif 1



Perang dagangan semakin sengit, Trump umum peningkatan tarif 2

SAHAM di pasaran Amerika Syarikat mencatatkan kejatuhan dalam dagangan pada Jumaat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump meneruskan perang tarif dengan China.

Perang tarif ini bertambah ‘sengit’ selepas China mengumumkan tarif 5 ke 10% ke atas import dari Amerika bernilai AS$75 bilion pada lewat Jumaat.

Sebagai balasan Trump mengumumkan melalui Twitter, peningkatan tarif ke atas import China bernilai AS$250 bilion yang kini dikenakan tarif 25% kepada 30%, berkuatkuasa 1 Oktober.

Baki import dari China yang bernilai AS$300 bilion pula akan dikenakan peningkatan tarif dari 10% pada ketika ini kepada 15%.

Tarif adalah cukai yang dikenakan ke atas import dari sesebuah negara sebagai salah satu instrumen untuk menyekat kemasukan produk dari negara asing. BACA: Trump kenakan tarif 10 peratus ke atas AS$300 bilion import dari China

Dalam masa yang sama, tarif yang dikenakan akan dibayar sama ada oleh pengimport, pengguna atau syarikat yang mengeksport.

Pada 15 Ogos lepas, Trump mengumumkan penangguhan tarikh kuatkuasa tarif ke atas produk dari China bernilai AS$300 bilion sebanyak 10%, daripada 1 September kepada 15 Disember.

Penangguhan ini dilihat penganalisis sebagai bertujuan untuk membolehkan pengguna di Amerika membeli belah pada musim Thanksgiving dan Krismas tanpa dibebani kenaikan harga produk dari China.

Susulan daripada pengumuman tarif baru oleh Presiden Trump, indeks utama di Wall Street mencatatkan kejatuhan.

Indeks Dow Jones jatuh lebih 600 mata, S&P 500 jatuh lebih 2.5% dan Indeks Komposit Nasdaq jatuh 3%.

BACA: China kenakan tarif ke atas produk Amerika bernilai AS$75 bilion

Dalam masa yang sama, Trump turut mengarahkan syarikat dari Amerika untuk mencari alternatif lain kepada China.

Ini termasuk mencari pusat pembuatan baru untuk produk mereka dan membawa syarikat mereka pulang ke AS.

Menurut Trump, Amerika telah kehilangan sehingga trilion dolar dalam beberapa tahun selepas China mencuri harta inteleknya bernilai berbilion dolar.

Sementara tu, Pengerusi Simpanan Persekutuan AS, Jerome Powell menyatakan akan menggunakan polisi kewangan untuk mengekalkan pengembangan ekonomi, kadar pekerjaan yang kukuh dan inflasi pada 2%.





Source link

Related Posts