Artikel Terkini

Perang Mikrocip Di Antara Amerika Syarikat Dan China Kini Masuk Fasa Baru


Perang perdagangang di antara Amerika Syarikat dan China kini memasuki era yang lebih kritikal. Kini Amerika Syarikat telah menekan China dari sudut teknologi yang mana pentadbiran Donald Trump telah menyekat kemaraan China terutamanya di dalam pembagunan teknologi cip untuk peralatan elektronik.

Seperti kita sedia maklum, industri semikonduktor memainkan peranan yang sangat penting pada masa kini. Ini disebabkan semua peratalatan elektronik pada masa kini dilengkapi dengan cip yang berfungsi sebagai otak kepada peralatan tersebut.

Peralatan yang paling popular menggunakan teknologi cip pemprosesan adalah telefon pintar dan juga komputer.

Telefon pintar merupakan satu keperluan bagi kebanyakan penduduk dunia dan disebabkan itu, industri semikonduktor merupakan industri yang sangat penting buat Amerika Syarikat dan juga China.

Amerika Syarikat merupakan negara pengeluar cip terbesar di dunia. Ketika perang perdangangan di antara China dan Amerika Syarikat berlaku, China mengalami kesukaran. Hal ini disebabkan oleh tindakan Amerika Syarikat yang menghalang penjualan cip yang dihasilkan oleh negara tersebut melalui sekatan perdagangan.

Ini telah memaksa China menghasilkan cip mereka sendiri. Sebelum ini, syarikat dari China bergantung hampir sepenuhnya kepada teknologi Amerika Syarikat dalam penghasilan cip.

Huawei merupakan syarikat yang mengimport hampir sepenuhnya cip dari Amerika Syarikat untuk digunakan di dalam peranti buatan mereka. Dengan pengharaman yang dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat terhadap syarikat itu, Huawei terpaksa membangunkan cip buatan mereka sendiri.

Kerajaan China telah memberi inisiatif yang cukup besar bagi mana-mana syarikat yang ingin membangunkan cip bagi industri semikonduktor di dalam negara tersebut. Daripada segi teknologi pembuatan cip, tiada syarikat China yang mampu menandingi cip buatan negara Amerika Syarikat disebabkan pembuatan cip ini memerlukan kepakaran dan teknologi yang sangat tinggi serta kos penghasilanyanya yang mahal.

Dengan sekatan yang dilakukan oleh pihak Amerika Syarikat kepada syarikat China, banyak syarikat China mula menghasilkan cip mereka sendiri untuk memenuhi permintaan domestik.

Bilangan pelabur yang melabur ke dalam syarikat yang berkaitan dengan industri cip juga semakin bertambah kerana para pelabur melihat peluang pelaburan yang menjanjikan keuntungan di dalam krisis yang berlaku di antara dua kuasa besar dunia tersebut.

China turut memperkenalkan inisiatif pasaran saham yang baru bagi menarik para pelabur negaranya supaya kembali melabur ke dalam pasaran domestik. Pasaran saham yang dikenali sebagai Star Market itu memfokuskan syarikat yang berteknologi tinggi untuk melabur di dalam pasaran China.

Ia boleh dikatakan seperti pasaran Nasdaq tetapi versi China. Pasaran ini ditubuhkan tahun lalu oleh Kerajaan China dan terdapat 122 buah syarikat baru yang telah mengapungkan saham mereka ke dalam pasaran tersebut.

Walaupun perang teknologi ini dicetuskan oleh Amerika Syarikat untuk menghalang teknologi dari China, kebanyakan syarikat teknologi Amerika Syarikat yang beroperasi di China menyatakan mereka sukar untuk meninggalkan operasi mereka di saat hubungan di antara dua kuasa besar itu semakin meruncing.

Dengan piliharaya yang bakal berlangsung pada akhir tahun ini di Amerika Syarikat, para penganalisis percaya samada Donald Trump akan kekalkan jawatanya atau Joe Biden yang akan memenagi piliharanraya, polisi negara Amerika Syarikat terhadap China tidak akan berubah.

Sumber Rujukan:

Iklan


Iklan



Source link