Uncategorized

Perarakan Tongkang Diraja Thailand ditangguh ke 12 Disember



BANGKOK: Perarakan tongkang diraja yang dijadual berlangsung pada 24 Oktober untuk menyempurnakan istiadat akhir pemahkotaan Raja Maha Vajiralongkorn pada Mei tahun ini akan ditangguhkan pada 12 Disember.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Wissanu Krea-ngam berkata keputusan itu dibuat selepas pihak penganjur meramalkan arus kuat dan paras air meningkat di Sungai Chao Phraya serta keadaan cuaca akan menimbulkan kesukaran semasa perarakan.

Berdasarkan latihan dan mesyuarat, beliau berkata kerajaan menasihatkan raja untuk menetapkan tarikh baharu bagi perarakan tongkang diraja.

“Raja berkenan dan menetapkan tarikh baharu pada 12 Disember,” katanya pada sidang media di Parlimen di sini pada Khamis.

Sebanyak 52 tongkang emas dengan 2,200 pengayuh akan belayar sepanjang Sungai Chao Phraya untuk menyempurnakan upacara pertabalan Raja Vajiralongkorn pada Mei tahun ini.

Upacara itu dijadual bermula di pangkalan diraja Wasukri dan berakhir di pangkalan Ratchaworadit, bersebelahan Grand Palace pada 24 Oktober. Perarakan sejauh 3.4 kilometer itu mengambil masa kira-kira 45 minit.

— BERNAMA





Source link