Uncategorized

Perbelanjaan kerajaan selari unjuran Bajet 2019

Perbelanjaan kerajaan selari unjuran Bajet 2019 1



Perbelanjaan kerajaan selari unjuran Bajet 2019 2

KUALA LUMPUR: Perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan negara setakat pertengahan tahun ini adalah selari dengan unjuran Bajet 2019.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata RM124.769 bilion atau 48.01 peratus telah dibelanjakan di bawah Perbelanjaan Mengurus manakala sebanyak RM23.763 bilion atau 43.34 peratus dibelanjakan di bawah Perbelanjaan Pembangunan.

“Peratus perbelanjaan ini adalah selari dengan unjuran prestasi pertengahan tahun,” katanya pada sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Amiruddin menjawab soalan Senator Zaiedi Suhaili yang ingin tahu peratusan capaian terkini Bajet 2019, jumlah yang telah dibelanjakan dan hasil kutipan yang diperoleh setakat 30 Jun lepas.

Katanya, sebanyak RM314.55 bilion telah diluluskan dalam anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2019 merangkumi RM259.85 bilion bagi Perbelanjaan Mengurus dan RM54.7 bilion bagi Perbelanjaan Pembangunan.

Beliau berkata hasil cukai kerajaan Persekutuan setakat 30 Jun adalah sebanyak RM85.1 bilion.

— BERNAMA





Source link

Related Posts