Uncategorized

PERCUBAAN-KEDUA Satoshi: Protokol Rantaian Blok Baharu

PERCUBAAN-KEDUA Satoshi: Protokol Rantaian Blok Baharu 1


ZUG, Switzerland7 April 2019 /PRNewswire/ — Sebuah Yayasan untuk manfaat umum Switzerland, Swiss Shakti Foundation, beribu pejabat di Zug, Switzerland, bakal memperkenalkan mata wang berasaskan rantaian blok yang dikenali sebagai Shakti Coin (SXE) yang berikrar untuk memulakan era baharu wang pintar. Syiling stabil (stablecoin) baharu tersebut adalah berdasarkan protokol rantaian blok revolusioner yang dikenali sebagai Proof-of-Effort (PoE) yang bertujuan untuk mendemokrasikan perlombongan dan menjadikan Shakti Coin sebagai perantaraan pertukaran yang paling praktikal di dunia.

Berita ini dibuat sedekad setelah pelancaran Bitcoin, mata wang berasaskan rantaian blok yang pertama di dunia yang dibangunkan oleh Satoshi Nakamoto. Pembangun Shakti Coin belajar daripada kekuatan Bitcoin serta kekurangannya untuk membangunkan perantaraan pertukaran sebenar untuk transaksi harian. Sorotan utama Shakti Coin termasuk mudah digunakan, nilai yang stabil, pematuhan sah, kelajuan lebih 10,000 transaksi sesaat (TPS), pemindahan dompet-ke-dompet terus selain perlombongan yang boleh diakses dan cekap tenaga.

Protokol PoE menggantikan protokol Proof-of-Work yang menggunakan banyak kuasa oleh Bitcoin dan lain-lain tanpa menjejaskan keselamatan. Sebagai contoh, komputer yang dikhususkan kepada Perlombongan Shakti Coin menggunakan kuasa yang hampir sama seperti mana purata pelayan emel. Protokol perlombongan unik mata wang digital baharu ini, PoE, menyingkirkan penggunaan kuasa yang bermasalah di samping mewujudkan kapasiti untuk diskalakan. Syiling baharu ini juga mempunyai elemen luas yang membawa kebaikan kepada sosial memandangkan ia menggalakkan pendidikan dan rangkuman kewangan di seluruh dunia.

Shakti Coin melihat pematuhan sebagai salah satu kunci untuk kemudahan penggunaan. Untuk itu, mata wang ini direka berkisarkan amalan terbaik kenali-pelanggan-anda (KYC) selain AML, CTFA dan piawaian lain untuk menghalang penggunaan haram. Organisasi ini turut melaksanakan pematuhan seluruh dunia mengikut negara melalui jalinan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan.

Operasi harian untuk Shakti Coin diarahkan oleh SXE Network Operations LLC, yang beribu pejabat di Berkeley, California. Pejabat Berkeley bermandat untuk mencapai pematuhan kawal selia dan amalan terbaik. SXE Network Operations turut bertanggungjawab untuk mengekalkan dan membangunkan Rangkaian Rantaian Blok Shakti dan aplikasi Dompet Shakti, mendaftar pelombong selain memastikan pelancaran dan pengambilan yang teratur oleh pengguna seluruh dunia.

Pemilikan Teragih

PERCUBAAN-KEDUA Satoshi: Protokol Rantaian Blok Baharu 2

Shakti Coin mengekalkan mandat tunggal Satoshi yang meletakkan pemilikan di tangan orang ramai. Rangkaian ini akan dimiliki dan dikendalikan 100% oleh orang awam, sesiapa sahaja dapat mengambil bahagian dalam perlombongan Shakti Coin dan tiada syiling yang akan dilombongkan lebih awal. Tiada tawaran syiling awal (ICO) akan dilaksanakan. Yayasan menyasarkan untuk membiayai pelancaran SXE Coin berdasarkan jualan lesen-lesen perlombongan.

Projek Shakti merupakan satu usaha akar umbi. Ia dimulakan oleh ibu bapa, pendidik dan peminat rantaian blok biasa. Selama lebih dua tahun, inisiatif ini disokong oleh para sukarelawan dari lebih 30 negara di lima zon waktu berbeza. Apa yang menyatukan mereka? Idea bahawa mata wang dapat menjadi pemangkin untuk perubahan sosial. Pada minggu-minggu akan datang, Shakti Foundation akan menerbitkan kertas putihnya dan mula menerima permohonan untuk melombong Shakti Coin. Ini merupakan langkah pertama dalam gerakan yang Shakti Foundation yakini akan dapat merevolusikan ekonomi global. Butiran tentang Shakti Coin boleh didapati di https://www.shakticoin.com.

Latar belakang kami:

Swiss Shakti Foundation ialah sebuah pertubuhan bukan untung di Crypto Valley — Zug, Switzerland yang mengkhusus untuk membawakan Shakti Coin kepada dunia. Projek Shakti ialah satu inisiatif akar umbi bertaraf antarabangsa yang wujud tanpa bergantung pada mana-mana pakatan dengan industri, kerajaan, agama, mahupun parti politik. Sebelum menubuhkan Yayasan ini, projek berkenaan dijalankan di bawah nama “Two Guys from the Milky Way” (sebagai penghargaan kepada pasukan pembangunan permainan kegemaran pembangun).

Shakti Coin ialah mata wang digital yang paling praktikal di dunia. Ketahui lebih lanjut di https://www.shakticoin.com.

Sumber: Swiss Shakti Stiftung





Source link