Artikel Terkini

Perkara Utama Perlu Tahu Jika Inginkan Kediaman Seperti ini


IMPIANA nak kongsikan rahsia penting untuk semua pembaca kali ni, nak buka mata semua tentang pentingnya kita memiliki kediaman selesa dan nampak mewah dengan mengikut bajet yang kita ada.

Saya pasti ramai yang mengidamkan sebuah kediaman yang cantik dan sempurna sesuai dengan gaya hidup masa kini. Pernahkah anda terfikir bahawa kediaman yang anda miliki kini yang mungkin sudah lama atau kurang serinya mampu menjadi sebuah kediaman idaman ramai.

Namun, pastinya terfikir pula dengan duit poket yang ada. Ini semua tidak menjadi masalah jika anda bijak mengatur strategi kewangan anda. Menyimpan adalah satu langkah paling praktikal yang boleh anda lakukan.

IMPIANA nak kongsikan kisah pemilik kediaman ini yang telah memberi nafas baru kepada kediaman milik peribadi mereka. Tidak perlu bermodalkan jutaan ringgit untuk miliki kediaman sebegini rupa. Bijaknya pemilik ini mencipta nafas baru rumahnya dengan menggunakan khidmat pakar hiasan dalaman.

Pakar Hiasan Dalaman Mamy Home menjadi pilihan pemilik kali ini. Mamy Home telah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemilik ini. Kediaman yang agak terhad keluasannya dan susun atur yang agak sempit membuatkan mereka sekeluarga kurang selesa. Apa yang Mamy Home lakukan untuk kediaman ini sehingga ia kelihatan seolah seperti kediaman baru? Jom lihat hasil sentuhan magis Pereka Hiasan  Dalaman Mamy Home ini.

Dalam asyik menghias dan mengubah suai rumah sehingga menjadi sebegini rupa, IMPIANA juga ingin menyelit mengenai sebuah rumah yang menjadi tarikan masa kini yang dimajukan oleh pemaju terkemuka, S P Setia di mana anda boleh memiliki hiasan secantik di atas di rumah ini.

IMPIANA tertarik dengan komitmen dan usaha pemaju S P Setia ini. Banyak hartanah milik pemaju ini, berada di lokasi yang strategik. S P Setia memastikan pembangunan milikinya mempunyai ciri-ciri hebat untuk penghuninya. Pembangunan yang pesat di sekitar kawasan perumahan yang dibina menjadi tarikan utama pembeli. Akses yang lengkap serta persekitaran yang harmoni membuatkan ia bertambah menarik untuk didiami.

Kali ini, Setia Alamsari yang terletak di koridor Kajang-Bangi menjadi tarikan dan tumpuan. Dengan perbandaran bersepadu seluas 775 ekar dan konsep ‘Natured Inspired’ yang diketengahkan cukup mengujakan. Siapa yang tidak mahu miliki kediaman seumpama ini?

Setia Alamsari mempunyai tiga taman rekreasi dirancang dengan baik untuk memelihara dan mendorong penduduk di kejiranan ini hidup dalam suasana alam semula jadi yang terbaik.

Canal Park, dibina seluas 11.3 ekar dengan dilengkapi pavilion air, rumah pokok dan trek joging sepanjang 1.8 km di sekitar tasik untuk aktiviti keluarga yang sihat. The Lawn, sebuah lagi taman seluas 7.7 ekar dengan elemen rekreasi yang lebih ekstrem untuk golongan muda, dan The Waterfield, kawasan hutan seluas 10.45 ekar untuk pencinta alam menerokai pemandangan yang menenangkan dan menikmati keenakan kicauan burung.

Bayangkan anda memiliki kediaman di kawasan seperti ini, serba lengkap dengan kehidupan penuh harmoni. Tambahan lagi lokasi kediaman yang cukup strategik pastinya menjadi pilihan ramai. Hanya 5km dari Bangi Gateway Mall dan 9km dari Kajang Hospital, Setia Alamsari boleh diakses melalui Toll Bangi, Lebuhraya Utara-Selatan dan dari beberapa akses melalui Kajang dan Semenyih.

Bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar, dan inginkan kediaman lebih yang lebih luas inilah kediaman yang IMPIANA sarankan. Verdale, rumah banglo dua tingkat yang mempunyai reka bentuk dalaman berkongsep terbuka dan inspirasi botani di luar rumah. Membuatkan rumah ini nampak lebih selesa dan elegan dalam ciri tersendiri.

Keluasan tanah 60’ x 115’ dan keluasan binaan 3,161 – 3,881 kaki persegi ini dapat mencipta sebuah rumah yang cukup luas untuk pemilik yang inginkan kediaman yang lebih selesa. Reka bentuk banglo ini juga terbahagi kepada empat jenis yang berbeza untuk pilihan pembeli.

Menariknya jika anda mengambil peluang saat ini untuk memiliki kediaman idaman ini anda bakal nikmati potongan sehingga RM300 ribu, pulangan tunai RM200 ribu sekiranya pinjaman diluluskan pada margin 90%.

Wow! Menariknya tawaran S P Setia berikan pada pembeli. Apa kata anda? Menarik atau tidak tawaran kali ini.

 

Jika anda dah mula rasa berminat, jom lawati Setia Alamsari Sales Galleria: No. 1, Persiaran Alam Sari 3, Alam Sari, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, atau hubungi 03-8736 2255. Manakala anda juga boleh melayari laman sesawang https://spsetia.com/en-us/property/malaysia-(central)/kajang/setia-alamsari/collections/clover atau Facebook https://www.facebook.com/SetiaAlamsariKajang/ untuk keterangan lanjut.

Bila dah beli rumah mesti nak dekor kan, inilah masanya rebut peluang dengan pakej menarik yang di tawarkan oleh pakar hiasan dalaman yang ada. Pastikan rumah yang anda miliki dan diami itu adalah rumah impian anda.



Source link