Artikel Terkini

Perlu Ke Bayar Zakat Hasil Keuntungan Pelaburan Hartanah?


Sebagai seorang
Muslim, zakat termasuk dalam salah satu dari rukun Islam yang wajib
dilaksanakan dan kita diwajibkan untuk membayar zakat berdasarkan dalil
muktamad berdasarkan Al-Quran dan hadith junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Baca : Beli Rumah Dengan Pembiayaan Islamik Adalah Jauh Lebih Baik

Ini bertepatan dengan firman Allah swt di dalam Surah Al-Baqarah ayat 43:

وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ
ٱلزَّكَوٰةَ

Maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan
keluarkanlah zakat.”

Bahkan perintah
untuk mengeluarkan zakat telah diulang sebanyak 23 kali di dalam Al Quran.

Daripada hadith
junjungan besar Nabi Muhammad saw yang menerangkan kewajipan mengeluarkan harta
untuk membayar zakat pula adalah :

” Jika mereka mematuhi perkara itu, beritahulah
mereka bahawa Allah mewajibkan solat ke atas mereka lima waktu sehari semalam.
Jika mereka mematuhi perkara itu zakat ke atas mereka yang diambil daripada
orang kaya lalu diagihkan-agihkan kepada orang fakir di kalangan mereka.”

Hadis Riwayat Muslim (130)

Baca : 9 Checklist Sebelum Nak Melabur Dalam Hartanah

Buat pengetahuan anda, zakat terbahagi kepada dua yaqni zakat fitrah dan zakat harta.

Zakat fitrah merupakan zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu Islam yang berkemampuan daripada segi harta dengan syarat yang telah ditetapkan.

Hari ini, zakat
harta pula pula dipecahkan kepada zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat
KWSP, zakat perniagaan, zakat pelaburan, zakat emas & perak dan akhir
sekali zakat takaful.

Dilema kebanyakan
pelabur hartanah adalah adakah mereka diwajibkan untuk membayar zakat hasil
dari pelaburan hartanah mereka.

Jika ya, bagaimanakah cara kiraannya dan berapa pula amaun yang perlu mereka bayar?

Artikel ini akan
menerangkan kepada anda secara menyeluruh dan terperinci tentang zakat hasil
dari pelaburan hartanah dan cara kiraannya.

Sekiranya anda
seorang pelabur hartanah yang mempunyai banyak hartanah (bukan yang diduduki)
dan baru sahaja selesai menjual hartanah anda kepada pembeli baru dan membuat
keuntungan, keuntungan hasil dari jualan hartanah dikira sebagai zakat
perniagaan.

Anda perlu membayar
zakat perniagaan tersebut selepas cukup tempoh setahun (haul) dari tarikh
penjualan rumah tersebut.

Zakat perniagaan
wajib dibayar samada hasil perniagaannya adalah menerusi pembuatan,
perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau
mana – mana aktiviti atas kapasiti perniagaan.

Baca : Cara Kira Zakat ASB Secara Terperinci

Tidak terbatas
kepada perkongsian, syarikat, koperasi dan perniagaan saham sahaja, individu
juga wajib membayar zakat dan Ini termasuk pelabur hartanah persendirian.

Cara Kiraan Zakat Perniagaan Untuk Pelabur Hartanah

Berdasarkan fatwa
& keputusan syariah Zakat Selangor, hasil jualan rumah wajib dizakatkan
sebanyak 2.5% yaqni selepas ditolak segala kos yang telribat dalam penjualan
rumah tersebut.

Andaikata rumah
tersebut memiliki dua penama (suami + isteri atau pelabur A + pelabur B), hasil
jualan perlu dizakatkan atas nama bersama terlebih dahulu berdasarkan prinsip
hukum harta perkongsian (khultah) antara kedua – dua pihak selepas menolak kos
-kos jualan yang terlibat dalam penjualan rumah tersebut.

Kiraannya adalah : Hasil Jualan – Kos

Jumlah X 2.5% :
Amaun Zakat.

Bayangkan anda baru sahaja selesai menjual sebuah unit teres dua tingkat di Puchong Perdana pada harga RM400,000 dan kos-kos yang terlibat adalah RM25,000.

Kiraan zakatnya
adalah RM400,000 – RM25,000 dan
jumlahnya adalah RM375,000.

Selepas itu, jumlah
RM375,000 tersebut didarabkan dengan
2.5% dan anda akan mendapat angka RM9,375.

Maka jumlah zakat yang perlu anda bayar adalah RM9,375.

Memandangkan zakat
termasuk dalam salah satu rukun Islam, anda sebagai orang Islam wajib
melaksanakannya sekiranya anda seorang pelabur hartanah.

Baca : Derivatif Patuh Syariah?

Semoga kita tidak
termasuk di kalangan orang – orang yang memakan hartana dengan jalan yang batil
dan menyimpan emas dan perak serta tidak menafkahkannya ke jalan Allah swt.

Hal ini kerana, Allah swt telah menjanjikan seksa yang pedih di neraka Jahanam untuk orang-orang tidak membayar zakat dalam Surah At- Taubah, ayat 34-35.

Akhir kata,
diharapkan artikel ini membantu anda sebagai pelabur hartanah untuk mendapat
pemahaman yang baik tentang pembayaran zakat dalam pelaburan hartanah.

Sumber Rujukan:

  1. Jomurusduit
  2. Mufti Wilayah Persekutuan
  3. Zakat Selangor



Source link