Artikel Terkini

Permohonan baharu dan rayuan BPN dibayar Mei ini



KUALA LUMPUR: Bayaran bagi permohonan baharu serta rayuan bagi Bantuan PRIHATIN Nasional (BPN) akan dilakukan pada Mei 2020 selepas semakan dan pengesahan dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata ia melibatkan sejumlah 2.77 juta permohonan baharu dan 274,000 permohonan rayuan.

“Sehingga 12 April 2020, apabila proses semakan dan permohonan BPN dibuka, adalah didapati jumlah yang diluluskan adalah 8.3 juta penerima. 6.6 juta telah menerima bantuan berjumlah RM4.9 bilion.

“Dalam minggu ini antara 13 hingga 15 April 2020, sebanyak RM750 juta akan disalurkan kepada lebih kurang 1.5 juta penerima.

“Permohonan baharu adalah 2.77 juta manakala jumlah permohonan rayuan adalah 274 ribu.

“Bagi golongan permohonan baharu dan rayuan, keputusan dan pembayaran akan dibuat dalam bulan Mei selepas semakan dan verifikasi dilakukan oleh LHDN,” katanya dalam ucapan khas hari ini.

Di bawah BPN, Kerajaan memperuntukkan antara RM500 hingga RM1,600 untuk golongan rakyat B40 dan M40 untuk meringankan beban ketika waktu mencabar akibat penularan COVID-19.





Source link

Related Posts