Artikel Terkini

Permohonan Geran Agropreneur Muda (GAM) dilanjutkan



BELURAN: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melanjutkan tempoh masa permohonan Geran Agropreneur Muda (GAM) dan permohonan geran itu dibuka sepanjang tahun bermula Jun ini tanpa sebarang tarikh tutup.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, program terbabit diwujudkan kementeriannya bagi melahirkan lebih ramai usahawan berkaitan pertanian dalam negara.

Menurutnya, geran itu juga untuk melahirkan usahawan dalam bidang  ternakan , perkebun , tanaman , pengimportan , dan juga pelbagai aspek lagi dalam industri pertanian.

“Sejak awal bulan Jun ini, program ini dibuka sepanjang tahun dan tanpa tarikh tutup atau sebagainya.

“Kita harap agar pendekatan baharu ini akan merangsang lebih ramai anak muda untuk memohon dan menyertai program agropreneur muda yang dikendalikan kementerian pertanian dan industri makanan,” katanya dalam sidang media sempena Jelajah Agropreneur Muda Sabahm di Beluran, pada Sabtu.

Menurutnya, skop program berkenaan merangkumi bantuan geran barangan sehingga RM20,000 bagi projek baru.

“Selain itu, geran turut membabitkan bantuan modal melalui Pakej Pembiayaan Khasn Tekun Nasional sehingga RM50,000 dan Agrobank sehingga RM200,000 bago projek pengembangan.

“Dalam pada itu, skop geran turut disediakan bagi mengadakan kursus jangka pendek dan khidmat nasihat teknikal dan kewangan melalui jabatan dibawha kementerian ini,” katanya.

Terdahulu, permohonan geran berkenaan dibuka dalam tempoh sebulan iaitu pada Januari, Mei dan September sejak diperkenalkan pada tahun 2016.

Namun kini, anak muda berminat berpeluang memohon geran itu pada bila-bila masa sahaja.





Source link

Related Posts