Artikel Terkini

Pernah dengar musang ketawa? Video tular ini pasti ceriakan hari anda!


SELEPAS berbulan-bulan berperang dengan pandemik COVID-19, kehidupan manusia sejagat tidak lagi sama seperti dahulu, ditambah dengan normal baharu yang dipraktikkan di seluruh dunia.

Pada waktu ini, segala bentuk hiburan yang mampu menghadirkan tawa pastinya mengurangkan, menghilangkan, melenyapkan gundah-gulana dalam hati sesiapa sahaja.

Jika anda mencari bahan untuk menghilangkan tekanan, mungkin video ini mampu memenuhi keinginan anda.

Pernahkah anda melihat musang atau rubah ketawa? Terima kasih kepada seorang pengguna laman Twitter, mollyfprince (@mollyfprince) yang berkongsikan video ringkas namun pasti mampu sekurang-kurangnya menghadirkan senyuman ke wajah anda.

If you’ve never heard a fox laugh, you’re welcome! (Jika anda tidak pernah melihat musang ketawa, sama-sama),” ciapnya.

Musang yang muncul dalam videonya itu merupakan jenis musang merah atau nama saintifiknya Vulpes vulpes. Spesies itu banyak dijumpai di bahagian hemisfera utara, seperti di Amerika Utara, Eropah, Asia dan juga Afrika Utara. 

Dalam video sepanjang 52 saat itu, kelihatan sekumpulan rubah digeletek oleh seseorang dan menariknya, haiwan itu mengeluarkan suara seakan-akan ketawa yang comel bunyinya.

Video berkenaan seolah-olah menunjukkan bahawa haiwan yang bermuka garang dan sering dianggap bengis itu sebenarnya mempunyai sisi lain yang tidak kelihatan selama ini.

Rakaman itu pertama kali dikongsi pada Mac lepas melalui sebuah organisasi, Save A Fox yang ditubuhkan untuk membantu musang dengan menyediakan rumah tetap untuk haiwan tersebut.

Tiga ekor musang dalam video itu dinamakan Finnegan, Dixie dan Vixie. Ternyata warganet sangat menyukai video tersebut kerana ia sudah ditonton lebih sembilan juta kali.

Tiga ekor rubah dalam video itu dinamakan Finnegan, Dixie dan Vixie. Ternyata warganet sangat menyukai video tersebut kerana ia sudah ditonton lebih sembilan juta kali.

Musang merah merupakan haiwan jenis mamalia dan dikategorikan sebagai omnivor (pemakan tumbuhan dan daging).

Haiwan itu mampu hidup antara dua hingga empat tahun di dalam hutan. Rubah berada di seluruh dunia dengan mendiami pelbagai habitat termasuk hutan, padang rumput, gunung dan padang pasir.

Rubah juga mampu menyesuaikan diri dengan manusia dengan hidup di ladang, kawasan pinggir bandar malah di kawasan yang mempunyai komuniti yang besar.

Haiwan itu juga merupakan pemburu yang memakan tikus, arnab, burung dan haiwan kecil lain tapi ia juga boleh berubah bergantung kepada habitat mereka.

Rubah juga boleh memakan buah, sayur, ikan, katak dan juga cacing. Sekiranya tinggal berhampiran manusia, musang akan makan sisa organik manusia dan makanan haiwan peliharaan sekiranya ‘dapat peluang’.





Source link