Uncategorized

Persidangan Kepimpinan Restoran Global 2019 Bakal Berlangsung di Singapura


CHICAGO, 8 Mei 2019 /PRNewswire/ — Persidangan Kepimpinan Restoran Global (GRLC) tahunan kali keempat, disampaikan oleh Winsight, LLC, akan berlangsung pada 3-6 November 2019 di hotel mewah Marina Bay Sands, Singapura.

GRLC ialah persidangan ulung industri restoran, menjadi tuan rumah kepada lebih 1,200 eksekutif tertinggi daripada syarikat-syarikat perkhidmatan makanan yang terkemuka di dunia. Persidangan ini membawakan agenda yang disokong oleh penceramah-penceramah ternama, peluang-peluang perangkaian yang unik dan GRLC Marketplace—komponen acara perdagangan dalam persidangan ini.

“Winsight berbangga dan berasa sukacita untuk menganjurkan acara luar biasa ini di tempat dan destinasi baharu pada tahun 2019: Marina Bay Sandsyang ikonik di Singapura yang meriah,” kata Chris Keating, Presiden Kumpulan, Media & Acara Restoran, Winsight, LLC. “Semangat daripada rakan-rakan global dan rakan-rakan sejawatan kami telah meyakinkan kami bahawa ini merupakan langkah yang tepat bagi memastikan pertumbuhan acara kepimpinan yang hebat ini. Ini benar-benar akan menjadi lokasi bagi menerokai masa depan perkhidmatan makanan.”

Di pentas GRLC, penceramah-penceramah ternama akan berkongsi kisah kepimpinan, strategi yang berjaya, ramalan industri dan dapatan kajian. Senarai penceramah melibatkan eksekutif-eksekutif tertinggi restoran daripada Yum! Brands, Jollibee Foods, Hungry Jack’s dan banyak lagi rangkaian global terkemuka dan restoran terkenal serantau yang lain, selain atlet Sukan Paralimpik yang memegang rekod dunia dan juga penulis. Satu pembentangan yang menonjol ialah Keadaan Industri Perkhidmatan Makanan Global Technomic: Pemimpin, Tinjauan dan Harapan (Technomic’s State of the Global Foodservice Industry: Leaders, Outlook and Expectations), yang memberikan para hadirin dengan pandangan eksklusif terhadap data jualan industri dan trend menyeluruh yang meliputi dunia.

Para hadirin GRLC akan berpeluang meneroka Singapura, berangkaian, menjalin hubungan baharu dan terus memajukan kejayaan mereka dalam bidang restoran.

Untuk mengetahui lebih lanjut GRLC, kunjungi GlobalRLC.com.

Latar Belakang Winsight, LLC

Winsight logo (PRNewsfoto/Winsight LLC)

Winsight, LLC ialah sebuah syarikat maklumat perniagaan-kepada-perniagaan, acara dan kecerdasan pasaran yang menawarkan perkhidmatan kepada industri restoran dan perkhidmatan makanan bukan komersial, kedai serbaneka dan penjualan petroleum serta barangan runcit. Winsight menyediakan penyelidikan dan analitik, penyelesaian penjenamaan, peluang secara berdepan, inisiatif penjanaan petunjuk dan perkhidmatan pemasaran kandungan melalui produk-produk termasuk produk data langganan, laporan, alatan penyelidikan, program penyelidikan, kajian tersuai sepenuhnya, persidangan, perkhidmatan pemasaran tersuai, mesyuarat, cetakan dan media dagangan digital.

Technomic Inc. ialah subsidiari milik penuh Winsight dan menyediakan produk data langganan, laporan industri, alatan penyelidikan dan juga program. Kajian sindikasi dan tersuainya terhasil melalui pengalaman dalam industri makanan dan runcit yang luas dan disokong oleh pelbagai data proprietari.

Winsight LLC ialah sebuah syarikat portfolio Pamlico Capital.

Untuk mengetahui lebih lanjut, www.winsightmedia.com.

Sumber: Winsight, LLC
Pautan Berkaitan:

Komen

komen





Source link