Artikel Terkini

Peruntukan RM50 juta SKMS bagi bantu PKS di Sarawak



KUCHING : Sebanyak 62,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri ini bakal menerima manfaat apabila peruntukan sebanyak RM50 juta disalurkan kepada mereka menerusi Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS) susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata ia sebahagian langkah kerajaan negeri membantu golongan itu yang turut terjejas dengan pelaksanaan PKP untuk mengekang penularan COVID-19.

“SKMS I menyediakan pinjaman atau pembiayaan dari RM1,000 hingga RM10,000 tanpa faedah kepada usahawan tergolong dalam kumpulan B40.

“SKMS II pula akan menyediakan pinjaman atau pembiayaan dari RM5,000 hingga RM50,000 dengan kadar faedah sebanyak empat peratus,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media SKMS di Wisma Sumber Alam di Kuching pada Selasa.

SKMS yang termasuk dalam Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang ini akan dilaksanakan menerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Agrobank.

Beliau berkata, permohonan boleh dilakukan secara dalam talian atau dengan menghubungi agensi berkaitan bermula 1 April 2020.

Pada masa sama, beliau berkata, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak akan membenarkan penangguhan bayaran balik SKMS sehingga September.





Source link

Related Posts