Artikel Terkini

Petronas kekal A2, unjuran stabil – Moodys



KUALA LUMPUR: Moody’s Investors Service mengekalkan penarafan penerbit domestik dan mata wang asing senior tidak bercagar Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kepada A2.

Menurut Moody’s, unjuran bagi Petronas kekal ‘stabil’.

Sebelum ini, pada Jun 2019, Moody’s telah menurunkan penarafan Petronas kepada A2 daripada A1 serta mengubah unjuran kepada ‘stabil’ daripada ‘negatif’.

Dalam kenyataan hari ini, agensi penarafan global itu berkata metrik kredit syarikat minyak negara kekal kukuh, dan unjuran penafaran ini sejajar dengan penarafan A3 yang diberikan oleh mereka terhadap kerajaan Malaysia.

Naib Presiden Kanan Moody’s, Vikas Halan berkata hubungan rapat antara kerajaan Malaysia (stabil A3) dan Petronas akan memastikan penarafan A2 ini akan stabil untuk jangka masa sederhana.

“Penarafan A2 ini melambangkan sokongan metrik kredit Petronas, dan akan terus menyokong penilaian kredit asas (baseline credit assessment, atau BCA) dan penarafan ini diberikan walaupun keadaan pasaran minyak mentah yang semakin lemah,” kata Halan.

“Unjuran stabil ini dijangka akan berkekalan kerana kami menjangkakan Petronas akan terus mempunyai kemampuan untuk mengekalkan posisi kukuh dalam kitaran tunai mereka, walaupun kami jangka syarikat ini akan berikan dividen lebih kepada kerajaan tahun ini,” tambah beliau lagi. 





Source link

Related Posts