Artikel Terkini

Petua “Rebus” Kuali Berkesan Tanggalkan Kerak Hitam


Bahagian belakang kuali yang hitam boleh menunjukkan betapa kerapnya pemilik memasak. Walaupun ada yang berpendapat semakin tebal kerak kuali, semakin sedaplah masakan nya, tidak dapat dinafikan yang keadaan itu juga sedikit sebanyak menggambarkan tahap kebersihan kita.

Jadi buat anda yang dah tak tahan tengok kerak-kerak hitam tu bolehlah cuba petua yang dikongsi KiLa Aurora di laman Facebook ini. Trik berguna ini dipelajarinya melalui video di YouTube dan ternyata ia berkesan mengembalikan kilat pada kuali. Tak perlu lah beli yang baharu. Jom kita semak

Kilatkan Kembali Kuali Berkerak

Smalam punya projek sental bontot kuali. Gambar sebelum xde sebab x sanggup nak snap.
geram punya pasal tengok periuk kuali utuber Sugu tu berkilat bagai so acik pun nak la jugaaa..

Bahan-bahannya :
1. 2 biji buah lemon
2. Baking soda

Langkah-langkahnya :

Panaskan dulu air tu sblm rendam.. dah rendam kuali tu pun kila bia je sampai didih geram punya pasal .. mendidih.. tutup api biarkan berendam..

tempoh rendam adalah 2 jam. Lg lama lagi boek bergantung tahap ketebalan kerak.

Angkat pastu kikis pakai pisau mana yg tebal tu.. mudah je dia tanggal.

Agak2 dah boleh gosok, gosok pakai berus dawai guna sabun mandi fruitale. Katanya elok guna sabun kuning kedai eco. Tp kila xde.. sama je blh kilatkan juga..
GOSOK TANPA AIR.

Dgn kemahuan yg memuncak dan kudrat yang tinggi.. insyallah jadi.
Sikit2 tu buat kemudian takpa sbb anak2 dah tak boleh bg kerjasama

Tangan bahu mmg sakit ya… malam td pn x blh tido bangun sahur ok dah…

Kuku jari xyah cakap la.. haha. Tp harini dah elok balik kuku syya

Tak kisah janji puas hati!



Source link