Uncategorized

Philip Morris Malaysia memperoleh pengiktirafan EQUAL-SALARY

Philip Morris Malaysia memperoleh pengiktirafan EQUAL-SALARY 1



Philip Morris Malaysia memperoleh pengiktirafan EQUAL-SALARY 2

KUALA LUMPUR: Philip Morris Malaysia (PMM) Sdn Bhd, sebuah anak syarikat kepada Philip Morris International (PMI), mengumumkan bahawa ia telah berjaya memperoleh pengiktirafan EQUAL-SALARY daripada sebuah badan bebas antarabangsa, EQUAL-SALARY Foundation.

Selaras dengan usaha Philip Morris International dalam melaksanakan transformasi untuk menjadi peneraju teknologi bebas asap rokok dalam abad ke- 21 yang berubah dengan pantas, syarikat tersebut memahami kepentingan persekitaran kerja yang terangkum dan pelbagai untuk menjana inovasi dan kekal berjaya.

PMI bersama anak syarikatnya di seluruh dunia, memberi seluruh tumpuan kepada aspek transformasi ini dan komited untuk menangani jurang antara jantina di tempat kerja dan memberi penekanan kepada peranan yang dimainkan sebagai pembolehdaya dalam usaha mencapai visi ini.
   
“Kejayaan kami sebagai sebuah syarikat bergantung kepada kepelbagaian dan bakat tenaga kerjanya – di mana setiap individu berpeluang untuk belajar dan berkembang dalam kerjaya mereka.

Ini bermakna kita harus menyediakan imbuhan yang adil dan saksama antara jantina untuk kerja yang sama, sesuatu yang selaras dengan nilai dan prinsip kami di PMM,” kata Kang Tae Koo, Pengarah Urusan Philip Morris (M) Sdn Bhd.

“Bagi kakitangan kami, pengiktirafan PMM sebagai sebuah syarikat EQUAL-SALARY yang pertama di Malaysia menjadikan kami sebagai majikan pilihan yang sentiasa komited dalam memperjuangkan kesaksamaan dan memupuk suasana tenaga kerja yang inklusif dan dinamik.”

Di Malaysia, di mana jurang gaji antara jantina berada pada tahap 23% (menurut laporan World Economic Forum The Global Gender Report 2018), kesamarataan gaji merupakan langkah yang penting dalam mencapai kesamarataan jantina.

Oleh itu pengiktirafan EQUAL-SALARY mengesahkan bahawa PMM membayar pekerja lelaki dan perempuan dengan sama untuk kerja yang setara, dan proses ini membolehkan PMM untuk menumpukan lebih perhatian kepada isu yang lebih luas berkenaan kesaksamaan jantina.

Di samping perbandingan kuantitatif berdasarkan data gaji, metodologi pengiktirafan EQUAL-SALARY juga melibatkan audit kualitatif yang mengkaji komitmen pihak pengurusan terhadap prinsip kesamarataan gaji, persepsi kakitangan mengenai komitmen tersebut, dasar dan amalan pengurusan sumber manusia dalam mengenal pasti jika wujudnya titik rabun berkenaan jantina dan memberi cadangan untuk tindakan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah tersebut.

Pengiktirafan ini juga boleh membantu untuk mengenal pasti ruang penambahbaikan dan menyokong usaha untuk menyelesaikan cabaran yang meluas untuk menutup jurang bakat antara jantina. Ini termasuk memperkenalkan pengaturan kerja fleksibel dan menangani ‘bias’ jantina sepanjang kerjaya.

Mengulas tentang pengiktirafan tersebut, Véronique Goy Veenhuys, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, EQUAL-SALARY Foundation, berkata, “PMM boleh berbangga dengan pengiktirafan EQUAL-SALARY ini, kerana mereka kini adalah syarikat pertama di Malaysia yang telah lulus tatacara kajian dan aturan metodologi ketat yang telah ditetapkan oleh EQUAL-SALARY Foundation.

Walaupun pada hari ini, kami masih tidak boleh memastikan gaji yang sama rata untuk kerja yang setara, komitmen syarikat seperti PMM adalah satu langkah yang amat dialu-alukan dalam perjalanan mencapai kesamarataan gaji pada tahap global, dan menyumbang kepada usaha untuk menyelesaikan isu yang lebih besar, iaitu untuk menutup jurang gaji antara jantina.

Malaysia telah meraih pelbagai kejayaan penting yang menyumbang ke arah keseimbangan jantina terutamanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan.

Namun demikian, laporan Global Gender Gap 2018 menunjukkan bahawa Malaysia masih menduduki tempat 101 antara 149 negara dan menekankan bahawa jurang jantina dalam penyertaan tenaga kerja dan kesetaraan gaji masih wujud di negara ini. Sebagai syarikat pertama yang menerima pengiktirafan ini, PMM adalah peneraju untuk organisasi lain – sama ada ianya syarikat tempatan atau antarabangsa – untuk memastikan bahawa kerja setara bermakna gaji setara.

Untuk maklumat lanjut mengenai usaha Keterangkuman & Kepelbagaian di PMI, sebahagian daripada inisiatif kelestarian kami, sila layari: https://www.pmi.com/docs/default-source/pmi- sustainability/managing-our-social-impact.pdf
 





Source link