Artikel Terkini

Pinjaman perumahan – 3 kesilapan pembeli rumah pertama selalu buat


Semua orang akan lalui pengalaman berurusan dengan bank untuk hal pinjaman perumahan.

Dan yang pasti, pengalaman ini tak semuanya indah belaka.

Ada yang terpaksa telan pengalaman buruk semasa mengurus perkara ini. Dek tak ada ilmu yang baik tentang pinjaman perumahan.

Kalau korang pertama kali nak buat pinjaman, mesti korang suka perkongsian Tok kali ni. Ilmu ni, Tok dapat kat blog iMoney, dan ia bagus untuk kita semua hadamkan betul-betul.

Ini supaya korang boleh elakkan benda yang tak patut berlaku. Tindakan hari ini, akan tentukan kesan pada hari esok. Betul betul?

Bila nak membeli rumah, kita akan meminjam sejumlah wang yang besar kat bank. Masa ni, mata kita akan melilau cari pinjaman bank dengan kadar faedah terendah.

Dan susah nak nafikan. Ramai yang tak akan berfikir panjang dan terus ambil pinjaman ini, kan?

“Kalau ambil pinjaman dengan kadar faedah terendah, barulah banyak dapat kita jimat dan untung. Sebab tak payah bayar banyak kat pihak bank.” – Ali, peminjam

Okay. Statement kat atas ini mungkin betul. Antara misi kita adalah mencari pinjaman perumahan dengan kadar faedah serendah yang boleh.

Tapi, ia bergantung pada keadaan. Tak bermakna dah jumpa pinjaman (dengan kadar faedah terendah), kita terus ambil pinjaman itu.

Banyak lagi perkara lain yang kita kena ambil tahu. Antara perkara yang boleh kita kaji dan pertimbangkan adalah:

  • Margin pembiayaan,
  • Tempoh berkunci (lock-in period),
  • Jenis pinjaman,
  • Jenis bank,
  • Fi dan yuran, atau lain-lain perkara yang berkaitan.

Lepas dah kaji perkara ini, baru buat keputusan nak ambil pinjaman yang mana satu.

Ini biasa terjadi kat pelabur baru. Sebab excited sangat nak beli rumah, mereka buat permohonan kat satu bank saja.

Sebenarnya, kita ada banyak pilihan untuk meminjam daripada pelbagai bank. Dan setiap bank ada tawarkan kadar faedah yang baik dan pelbagai lagi kelebihan.

Lagi teruk, kita bagitahu pegawai bank itu yang mereka satu-satunya bank yang kita buat permohonan.

Ini seperti berikan mereka lesen untuk bagi kat kita kadar pinjaman yang paling teruk. Ini sebab mereka tahu yang kita tak ada tempat lain untuk meminjam, dan hanya bergantung kat mereka saja.

Elakkan perkara ini daripada berlaku. Kaji dan cari bank beberapa bank untuk dapatkan kadar yang berbeza, dan buat perbandingan untuk dapatkan pinjaman terbaik dari situ.

Dan tak lupa juga, berikan perhatian kat caj, yuran, dan juga insuran rumah, yang mungkin akan jadi satu kejutan buat pembeli baru yang tak ada pengalaman.

Ada sesetengah bank menanggung sebahagian caj-caj ini. Ada yang tak tanggung dan kita kena bayar sendiri semua kos ini.

Tambahan pula, tak ramai pembeli yang mempunyai dana besar. Sebab itu penting untuk fahamkan dan ambil tahu segala caj yang terlibat sebelum kita berikan komitmen.

Nota tambahan: Korang juga boleh baca pasal cara kira DSR ini sebagai persediaan.

Amalkan sikap membaca setiap terma dan syarat untuk setiap perkara yang libatkan duit. Dan ini termasuk perjanjian pinjaman rumah kita.

Kalau tak ada kapasiti untuk buat perkara ini, minta bantuan pegawai pinjaman untuk kemukakan semua perkara penting, seperti:

  • Jumlah pinjaman,
  • Kadar faedah,
  • Jumlah ansuran,
  • Tempoh pinjaman,
  • Margin kewangan,
  • Tempoh berkunci (lock-in period),
  • Penalti pelangsaian awal, dan
  • Caj atau lain-lain yuran.

Tok faham korang teruja sebab ia adalah pembelian pertama korang.

Tapi, kawal perasaan tu dengan baca dan teliti setiap perkara dalam dokumen pinjaman itu sebelum bersetuju dan turunkan tandatangan.

Dah habis baca?

Semoga perkongsian yang bermanfaat ini dapat indahkan pagi Isnin korang, dan jadi pelabur dan pembeli yang baik.

Kalau tak tahu, tanya dulu kat orang yang lebih berpengalaman. Kita tak nak rugikan masa dan tenaga untuk buat silap.

Lagi lancar proses pinjaman, lagi cepat kunci rumah sampai ke tangan kita.

Semoga hari Jumaat korang dirahmati Allah S.W.T sentiasa, Tok doakan.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.



Source link