Artikel Terkini

PKPB: Hendak beriadah? Ini perkara yang anda boleh lakukan



KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula hari ini dengan beberapa sektor ekonomi dibenarkan beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Ramai juga antara kita yang sudah tidak sabar ingin melepaskan ‘gian’ untuk berpeluh dan beriadah. Ini apa yang anda boleh dan tidak boleh lakukan berdasarkan soalan lazim (FAQ) yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Aktiviti yang dibenarkan

  • Bermain badminton atau sukan outdoor yang tidak melibatkan sentuhan badan di kawasan terbuka bermula jam 6.30 pagi hingga 7.00 petang dan mengamalkan penjarakan sosial dengan orang lain. 
  • Menggunakan peralatan sukan/riadah yang disediakan di kawasan lapang, taman rekreasi awam untuk bersukan/ beriadah dengan memastikan peralatan dalam keadaan bersih dan selamat untuk digunakan.
  • Melakukan aktiviti berjoging dan senaman ringan bersama empat anggota keluarga yang tinggal bersama dan menaiki kereta yang sama.
  • Jika terdapat pengunjung yang ramai di situ adalah disarankan aktiviti senaman tersebut dapat dilakukan di mana-mana kawasan atau ruangan di taman tasik tersebut tanpa perkumpulan pengunjung yang ramai agar penjarakan sosial dapat dikekalkan. 
  • Membawa anak-anak ke taman permainan yang terletak di taman perumahan dengan memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu (1) meter dan kebersihan diri (personal hygiene
  • Melakukan aktiviti senamrobik di kawasan lapang berhampiran balai raya di kampung yang tidak melebihi sepuluh (10) individu dalam satu-satu masa.
  • Melakukan kayuhan basikal bagi mengekalkan stamina saya namun hanya dibenarkan dalam lingkungan negeri sahaja.
  • Bermain skateboarding, inline skating di Skate Park yang terletak di taman permainan berhampiran dengan syarat ia dimainkan di fasiliti sukan dan kawasan terbuka dan tidak melebihi sepuluh (10) individu dalam satu-satu masa. 
  • Bermain bola secara timangan sahaja bersama jiran tanpa melibatkan sentuhan antara pemain dan tidak melebihi sepuluh (10) individu dalam satu-satu masa. 
  • Memancing di sungai berhampiran kediaman dan terhad di tepi pantai, tebing sungai, kuala, tasik atau mana-mana yang bersesuaian tanpa melibatkan penggunaan bot dan sampan.
  • Sukan bermotor dengan jentera dua (2) roda tanpa melibatkan perlumbaan adalah dibenarkan dan terhad di litar dan trek terbuka sahaja. 
  • Latihan kecergasan di taman tasik awam menggunakan peralatan gimnasium luar (outdoor) seperti monkey bar, punching bag dan sebagainya dengan memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu (1) meter dan kebersihan diri (personal hygiene). 

Aktiviti yang TIDAK dibenarkan

  • Mengadakan kursus-kursus berkaitan sukan sepanjang tempoh PKPB ini.
  • Melakukan aktiviti riadah di luar daripada lokasi tempat tinggal. Sebagai contoh A menetap di Putrajaya dan beriadah di sebuah taman terbuka di Kuala Lumpur. Pergerakan aktiviti sukan yang merentasi negeri adalah tidak dibenarkan. 
  • Aktiviti memancing di kolam pancing ikan, udang komersial atau mana-mana yang berkaitan adalah dilarang.
  • Tidak dibenarkan guna dewan badminton di dalam kawasan kondominium kecuali jika bermain badminton di gelanggang terbuka.
  • Sukan mendaki tembok (wall climbing) dalam pusat beli-belah kerana penggunaan fasiliti sukan tertutup (indoor facility) adalah tidak dibenarkan. Ia hanya dibenarkan jika dimainkan di fasiliti sukan terbuka sahaja. 
  • Dilarang main golf bersama  rakan di salah sebuah kelab golf yang terletak di negeri lain kerana larangan perjalanan merentasi negeri tanpa alasan yang munasabah masih terpakai.
  • Dilarang menjemput rakan-rakan bermain permainan konsol (console games) di rumah. 
  • Dilarang mengadakan aktiviti perkhemahan bermalam bersama rakan-rakan saya di hutan lipur berhampiran kerana aktiviti sukan dan riadah hanya terhad pada waktu siang daripada jam 6.30 pagi hingga 7.00 malam sahaja dalam tempoh PKPB. 

Catatan: * 1)  Adalah menjadi tanggungjawab bersama semua pihak – individu, badan, persatuan sukan, syarikat / operator fasiliti terbuka untuk memahami dan mematuhi semua arahan semasa pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga SOP Pencegahan Covid-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kita sama-sama mengurangkan risiko dan membendung penularan pandemik Covid-19 ini. 


* 2)  Sebarang perubahan terkini sejajar dengan arahan terbaru pihak MKN dan KKM akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

* 3) Maklumat asal adalah daripada soalan lazim (FAQ) yang dikeluarkan Kementerian Belia dan Sukan.





Source link