Artikel Terkini

PNB jangka dividen ASB terjejas

41588595110 JalilRasheed - PNB jangka dividen ASB terjejas



51588595114 JalilRasheed - PNB jangka dividen ASB terjejas

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB) menjangkakan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) pada tahun ini sedikit terjejas susulan kelembapan ekonomi akibat pandemik COVID-19, namun akan memastikan ia berada pada kadar kompetitif.

Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Jalil Rasheed berkata, sebagai pengurus dana, PNB akan mengambil langkah konservatif berdasarkan keadaan ekonomi semasa.

“Sehingga kini, PNB berjaya mengagihkan pendapatan yang kompetitif untuk pelabur bagi semua 14 dana yang diuruskan syarikat itu,” katanya ketika mengumumkan prestasi kewangan syarikat itu bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 di sini secara dalam talian.

Bagaimanapun kata Jalil, PNB mengambil langkah berbeza tahun ini dengan memperkenalkan pelan strategik bagi tahun 2020-2022 dikenali sebagai Focus 4 bagi memacu organisasi itu untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Pelan itu katanya dirangka berdasarkan hasil kajian semula jangka masa pertengahan yang dilakukan pada tahun lalu bagi strategik 2017-2022 sebelumnya yang dikenali sebagai  STRIVE-15.

Dalam pada itu, Pengerusi PNB, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memberitahu, PNB mempertahankan perkembangan Aset di Bawah Pengurusannya apabila berjaya mencapai RM312 bilion, melebihi tanda aras RM300 bilion.

Menjelaskannya unit-unit dalam edaran meningkat kepada 7.3 peratus mencapai hampir RM254 bilion pada tahun 2019.

Katanya, PMB turut mengagihkan sejumlah RM13.2 bilion dalam bentuk pengagihan pendapatan dan bonus kepada pemegang unitnya pada tahun kajian, mencapai jumlah keseluruhan agihan pendapatan sebanyak RM200 bilion bagi kesemua 14 dana sejak penubuhan.

“Prestasi yang dicatatkan itu banyak didorong oleh pendekatan pelaburan yang berhemah selaras dengan kepelbagaian pelaburan terbaharu dalam kelas aset dan pasaran kewangan global baharu,” katanya.

Zeti menjelaskan, ekuiti awam antarabangsa menjana pulangan tertinggi, menyumbang kepada lebih daripada 11.6 peratus kepada pendapatan kasar keseluruhan bagi tahun 2019, walaupun dengan pendedahan yang sedikit iaitu 5.9 peratus.





Source link

Related Posts