Artikel Terkini

PNB Lancar Aplikasi Pelaburan Serendah 5 Sen


Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah melancarkan Raiz, aplikasi mudah alih pelaburan mikro pertama Malaysia, yang membolehkan rakyat negara ini melabur dengan nilai bermula serendah RM5.

Raiz adalah aplikasi mudah alih pelaburan mikro yang memanfaatkan duit baki secara maya daripada pembelian harian pengguna untuk melabur dalam unit amanah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) berdasarkan portfolio pelaburan peribadi masing-masing.

Aplikasi ini dibangunkan oleh Raiz Malaysia Sdn Bhd, syarikat usaha sama di antara anak syarikat PNB, Jewel Digital Ventures Sdn Bhd dengan Raiz Invest Australia Ltd (Raiz Invest) iaitu unit Raiz Invest Ltd yang disenaraikan di Bursa Sekuriti Australia (ASX).

Buat masa ini hanya pengguna yang memiliki akaun Maybank sahaja yang boleh menggunakan aplikasi ini dengan sasaran kerjasama dengan bank-bank lain pada tahun hadapan.

Raiz Sama Macam Wahed dan Best?

Produk baru dari PNB ini sebenarnya ada persamaan dengan produk lain yang ada di pasaran seperti Wahed Invest dan Best oleh Bank Islam.

Raiz juga membolehkan kita melabur secara maya dengan menggunakan aplikasi dan memilih portfolio mengikut kita punya ‘risk-tolerance‘. Daripada cara pendaftaran, pemilihan portfolio dan sasaran pelaburan semuanya sama.

Bagi yang belum tahu tentang Wahed Invest dan Best Bank Islam boleh klik di pautan ini:

Raiz juga membolehkan kita membuat pelaburan secara sekaligus (one-time) atau pun berulang (recurrence) dengan hanya menggunakan akaun Maybank yang boleh dihubungkan ke aplikasi ini.

Melabur Dengan Menggunakan Duit Baki?

Berbanding produk sama yang ada di pasaran Wahed Invest dan Best Bank Islam, Raiz membolehkan orang ramai melabur menggunakan duit baki secara maya daripada pembelian harian.

Tak kiralah anda berbelanja di mana-manapun, selagi anda menggunakan kad debit untuk berbelanja, maka setiap baki daripada situ akan disalurkan terus ke akaun pelaburan anda di aplikasi Raiz.

Jadi macam mana tu melabur dengan duit baki?

Takkanlah baki daripada akaun bank masuk terus ke Raiz ni kan.

Dia macam ni, katakanlah anda membeli rokok Dunhill yang berharga RM17.50 di 7 Eleven, maka kad debit Maybank anda akan genapkan harga Dunhill tu kepada RM18.00 yang mana bakinya 50 sen terus disalurkan ke pelaburan dalam aplikasi Raiz.

Satu lagi contoh, katakan anda membeli barangan runcit di KK Mart yang berjumlah RM29.95, harga keseluruhan akan digenapkan kepada RM30 yang mana maka baki 5 sen tu pun akan disalurkan terus ke aplikasi Raiz.

Maknanya dengan aplikasi Raiz, anda boleh melabur dengan wang serendah 5 sen. Daripada cashier bagi baki 5 sen yang mungkin tercampak sana sini, ada baiknya juga ia terus disalurkan ke dalam akaun pelaburan.

Aplikasi Wahed dan Best tidak mempunyai ciri seperti ini.

Berbaloi ke Melabur Dengan Duit Baki?

Yuran bulanan bagi akaun di bawah RM6,000 adalah RM1.50 dan 0.3% setiap tahun bagi akaun melebihi RM6,000.

Bagi anda yang mungkin jarang-jarang berbelanja menggunakan kad debit mungkin kurang berbaloi dengan yuran bulanan RM1.50.

Kalau dalam masa sebulan kita hanya berbelanja online tiga ke lima kali, berkemungkinan jumlah pelaburan daripada baki perbelanjaan tu dah set-off dengan yuran RM1.50 setiap bulan itu.

Jadi, bagi anda yang setiap hari membeli menggunakan kad debit di kedai-kedai, boleh pertimbangkan aplikasi Raiz ini.

Sekejap, Raiz Patuh Syariah atau Tidak?

Sebelum anda membuat keputusan untuk melabur ke Raiz ini, eloklah perhalusi dahulu artikel ini tentang portfolio pelaburan Raiz ke dalam dana-dana unit amanah ASNB. Klik di sini



Source link