Uncategorized

PNB umum Aset di Bawah Pengurusan pertama kali melebihi paras RM300 bilion

PNB umum Aset di Bawah Pengurusan pertama kali melebihi paras RM300 bilion 1



PNB umum Aset di Bawah Pengurusan pertama kali melebihi paras RM300 bilion 2

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan Aset di Bawah Pengurusannya (AUM) telah mengatasi paras RM300 bilion buat pertama kali dan mencecah RM304.1 bilion bagi separuh pertama tahun 2019.

Sementara itu, pendapatan bersih proforma PNB menurun 1.4 peratus kepada RM5.3 bilion untuk tahun ini hingga 31 Mei 2019.

“Persekitaran dalam separuh tahun 2019 terus kekal mencabar bagi institusi pelaburan sejajar dengan perkembangan global dan domestik,” kata Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pada sidang media di sini pada Isnin.

Zeti turut mengumumkan pengagihan pendapatan buat Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) dan ASN Equity 2.

Agihan pendapatan buat ASB 3 Didik ialah 5.25 sen seunit yang terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 4.85 sen seunit dan bonus sebanyak 0.40 sen seunit.

Pemegang unit ASN Equity 2 pula akan menerima 2.80 sen seunit, bersamaan dengan anggaran pulangan pengagihan sebanyak 5.0 peratus berdasarkan Nilai Aset Bersih pada 21 Jun 2019.

Dalam mengulas mengenai keadaan ekonomi kini, Zeti menjamin bahawa ekonomi negara mampu bertahan dalam menghadapi pasaran dunia yang tidak menentu.

“Dalam pengalaman saya lebih dua dekad melihat pasaran, keadaan pasaran kini yang turun naik tidak begitu signifikan,” kata beliau.

Zeti menjelaskan bahawa PNB bersedia untuk membantu ekonomi negara menghadapi ketidaktentuan pasaran dunia.

Antara inisiatif PNB termasuk Kajian Separuh Penggal Pelan Strategik PNB yang digambarkan sedang berjalan dengan lancar.

Salah satu langkah sebahagian daripada pelan tersebut adalah menerusi strategi kepelbagaian syarikat akan dipercepatkan ke seluruh kelas aset.

Hasil daripada itu, peruntukan portfolio PNB dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset global telah meningkat masing-masing kepada 7.4 peratus dan 4.9 peratus pada akhir Mei 2019, berbanding 5.8 peratus dan 2.4 peratus pada tahun 2017.





Source link

Related Posts