Uncategorized

Prestasi Pasaran Saham Berdasarkan Perdana Menteri Malaysia


Kalau sebelum ini kami ada keluarkan artikel bertajuk Prestasi Pasaran Saham Berdasarkan Presiden Amerika Syarikat, keputusannya agak mengejutkan. Kita boleh lihat bagaimana Bill Clinton berada di tempat pertama, walaupun beliau seorang yang terpalit dengan kontroversi.

Ronald Reagan berada di tempat kedua, Barack Obama di tempat ketiga dan Donald Trump yang kini sedang memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat, berada di tempat keempat.

Kalau diikutkan, kerajaan Pakatan Harapan telah pun memerintah negara selama setahun, jadi apa kata kita tengok prestasi pasaran saham Malaysia sepanjang tempoh tersebut.

Sumber Rujukan: Trading View

*Untuk makluman, data hanya berjaya diperolehi bermula dari 1 Januari 1982

Jadi apa kata kita tengok pula prestasi pasaham saham berdasarkan tempoh pemerintahan Perdana Menteri Malaysia.

Kita dapat lihat bagaimana daripada kesemua mereka mencatatkan prestasi yang cemerlang dan membawa Malaysia ke mata dunia. Cuma sejak setahun kebelakangan ini, prestasi pasaran saham sedikit merudum.

Bawa Bertenang, FBMKLCI Ada Pasang Surut

Kalau dilihat kepada sejarah, tahun 1989, 1999 dan 2009, FBMKLCI mencatatkan peningkatan yang sangat tinggi. Tetapi harus diingat, 1-2 tahun sebelum kenaikan tersebut, ianya bermula dengan kejatuhan.

Adakah 2019 bakal menyaksikan sejarah berulang dan pasaran saham kembali menyinar? Sama-sama kita berdoa, kerana apa-apa boleh berlaku lagi 6 bulan sebelum berakhirnya 2019.

Mulalah melabur di pasaran saham sekarang, nak tunggu apa lagi?

Komen

komen





Source link