Artikel Terkini

Prestasi Pasaran Saham Donald Trump Mengatasi Presiden-Presiden Sebelumnya


Harga saham naik mencanak sewaktu pemerintahan presiden Trump berbanding presiden-presiden sebelumnya. Pulangan S&P 500 adalah 50% lebih banyak semenjak Trump dipilih untuk menjadi presiden, iaitu dua kali ganda lebih banyak daripada purata pulangan ketika presiden-presiden sebelumnya di tahun ketiga mereka.

Untuk saham Bellwhether (saham yang menjadi penentu arah ekonomi atau sektor dalam pasaran secara keseluruhan) pula telah meningkat melebihi 28% pada tahun 2019, iaitu lebih tinggi daripada purata 12.8% tahun ketiga presiden-presiden sebelumnya.

Walaupun terdapat isu perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China, tahun 2019 telah menjadi tahun yang sentiasa menaik untuk kebanyakan saham. Pasaran saham mendapat bantuan daripada Federal Reserve dan bank pusat yang menurunkan kadar faedah sebanyak tiga kali pada tahun ini.

Prestasi Trump turut dibantu oleh kadar pengangguran 3.5%, iaitu kadar terendah sejak 1969. Oleh sebab majoriti rakyatnya bekerja, mereka juga berbelanja dengan lebih banyak. Mereka ini yang membantu menaikkan ekonomi.

Tahun ketiga pemerintahan Trump sememangnya melebihi paras purata, tetapi masih bukan yang terbaik. Pada tahun 2013, pulangan saham sewaktu pemerintahan Presiden Barack Obama telah mencapai lebih 32% ketika kemunculan semula ekonomi selepas Great Recession.

Pada tahun pertama Trump, S&P 500 mencapai tiga kali ganda pulangan purata iaitu 19.4% berbanding purata 5.7%. Pada tahun kedua Trump, pulangan saham agak mengecewakan.

Pulangan saham jatuh bawah purata sejak Great Depression ketika masalah Trade War antara US-China dan kenaikkan kadar faedah daripada Federal Reserve. Pada masa itu, S&P 500 jatuh merundum sebanyak 6.2% berbanding purata 4.5%.

Bagaimakah nanti pada tahun keempat pemerintahan Trump? Jika mengikut sejarah, tahun 2020 juga akan menjadi tahun yang kuat untuk pasaran Trump. Saham pada tahun keempat biasanya meningkat lebih 66% dan S&P 500 memberi pulangan secara purata sebanyak 5.7%.

Donald Trump yakin dengan pasaran yang kuat tahun depan, tetapi Wall Street meramalkan pasaran yang sederhana. Para penganalisa Wall Street menjangkakan pulangan S&P 500 pada tahun 2020 adalah 3,300. Trump memerlukan pulangan 6% untuk S&P 500 untuk mengatasi purata pulangan presiden-presiden sebelumnya.

Ditulis oleh Abang Yazree Hazwan. Penulis merupakan seorang Eksekutif di sebuah syarikat penyelidikan pasaran di Malaysia. Mempunyai pengalaman dalam bidang insurans/reinsurans di syarikat reinsurans tempatan.

Sumber Rujukan: https://www.cnbc.com/2019/12/26/trumps-stock-market-rally-is-far-outpacing-past-us-presidents.html



Source link