Uncategorized

Proton Catat Jualan Tertinggi, Saham DRB-Hicom Steady Naik


SUBANG JAYA: PROTON terus mengukuhkan kedudukan sebagai pesaing dalam industri automotif tempatan apabila mencatat angka jualan tertinggi dalam tempoh 46 bulan, pada Mei.

Sebanyak 10,611 unit kereta dijual pada bulan lalu, peningkatan sebanyak 51.3 peratus berbanding April, sekali gus mendorong pertumbuhan jualan keseluruhan bagi lima bulan pertama tahun ini kepada lebih 70 peratus berbanding tempoh sama pada 2018.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya, Proton X70 kekal menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan kukuh itu apabila sebanyak 2,439 unit dijual pada Mei dan secara keseluruhan, sebanyak 13,572 unit diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh

lima bulan pertama tahun ini.

Keberkesanan penawaran ciri-ciri pintar pada model PROTON yang lain juga jelas dilihat dalam jualan bulan pertama Proton Persona dan Iriz 2019, yang mana Persona mengakhiri bulan berkenaan dengan jualan sebanyak 2,972 unit manakala Iriz berjaya memperoleh jualan mengagumkan iaitu sebanyak 940 unit.

Ia adalah angka tertinggi setakat ini selama tempoh lebih dua tahun.

Dengan hampir 4,000 unit terjual, angka jualan untuk kedua-dua model baharu ini mencapai sebanyak 36 peratus daripada keseluruhan jualan PROTON dan lebih 10,000 tempahan diterima setakat ini.

Selain tiga model dengan ciri-ciri pintar, satu lagi model yang menunjukkan kenaikan semula jualan adalah Proton Saga.

Model yang masih kekal berada dalam rangkaian syarikat selama 34 tahun, jualan Saga melepasi 3,000 unit untuk bulan kedua berturut-turut.

Dengan jualan sebanyak 3,610 unit pada Mei 2019, jualan Saga meningkat sebanyak 41 peratus secara keseluruhan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, berkata syarikat berharap dapat mengakhiri keseluruhan jualan di tempat kedua dalam bulan kedua berturut-turut apabila angka jualan industri keseluruhan dikongsi oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dan yakin dapat mengekalkan prestasi jualan yang mantap sepanjang tahun.

“Bagi Jun, syarikat akan menumpukan usaha menaikkan jumlah jualan Exora disamping terus meningkatkan jualan model-model lain.

“Syarikat juga akan menambah lebih banyak cawangan 3S/4S untuk terus menjadi yang pertama memiliki jumlah rangkaian terbanyak berbanding pesaing lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata strategi PROTON bagi separuh kedua tahun ini adalah untuk terus meningkatkan jualan syarikat dengan memperkenalkan model sedia ada yang ditambahbaik serta meningkatkan pengalaman pelanggan dengan membuka lebih banyak cawangan 3S/4S.

Sumber: BH Online

Prestasi Harga Saham DRB-Hicom

Terbaik harga saham DRB-Hicom yang telah meningkat naik 15.43% bagi tempoh setahun yang lalu.

Prestasi Kewangan DRB-Hicom

Sumber: Malaysia Stock Biz

Kewangan syarikat ada menunjukkan peningkatan dari setiap suku (3 bulan) ke setiap suku (3 bulan) yang berikutnya.

Top 10 Pemegang Saham DRB-Hicom

Banyak nama besar pelabur institusi tempatan dan antarabangsa dalam DRB-Hicom ni. Kita ada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Norges dan Vanguard

Tapi siapa pula Etika Strategi Sdn Bhd yang memegang hampir 56% saham syarikat?

Tidak lain dan tidak bukan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari adalah orangnya. Beliau merupakan di antara orang terkaya di Malaysia.

Sumber: Forbes

Kalau nak tahu, dalam artikel Kenali Industri-Industri Dalam Pasaran Saham Bursa Malaysia, kami siap ada industri khusus untuk Tan Sri Syed Mokhtar; di Mana Pos Malaysia, DRB-Hicom dan MMC Corporation terletak di bawah pemilikan beliau.

Komen

komen





Source link