Uncategorized

“PTPTN tak bayar, boleh beli rumah?”- Himpitan emosi marhaen dan caturan autoriti yang menjerat?

"PTPTN tak bayar, boleh beli rumah?"- Himpitan emosi marhaen dan caturan autoriti yang menjerat? 1


Rumah dan belia. Satu topik yang sentiasa segar dan hangat diperdebatkan meski dalam landskap sosiopolitik yang kononnya baharu ini, keteruncingan ini entah bagaimana dikesampingkan dan hanya menjadi modal utama ahli politik tiap kali menjelang pilihanraya memandangkan golongan belia adalah lapisan penting dalam menentukan hala tuju negara. 

Tapi aku bukan nak ulas perihal politik dan dilema masyarakat berautoriti ini bilamana kita sedia maklum, sampai kiamat sekalipun bicara soal idea dan dasar berkepentingan ini takkan habis. Cumanya, sedikit sebanyak ulasan ini terpaksa diselitkan bersama ragam dan karenah penggerak catur ini untuk memudahkan penyampaian konteks yang ingin diketengahkan. 

GH Masterclass

Tanggal 10 Julai 2019 lepas, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin membuat pengumuman penting yang bakal mencetuskan satu lagi kecelaruan iaitu peminjam PTPTN yang disenaraihitamkan boleh melakukan pembelian untuk rumah pertama.

"PTPTN tak bayar, boleh beli rumah?"- Himpitan emosi marhaen dan caturan autoriti yang menjerat? 2

Dan menurut beliau lagi, polisi itu bakal diperkenalkan dan dilancarkan secara rasmi bersama program Skim Perumahan Belia pertengahan Oktober nanti.

Sebagai seorang belia yang baru sahaja menamatkan pengajian dan masih segar dalam dunia pekerjaan dan industri ekonomi, aku merasa terpanggil untuk memberi ulasan dan pandangan berkenaan hal ini. Baik, aku akan ulas hal ini dalam beberapa konteks yang berbeza.

Dari segi pelaksanaan, mungkin tampak mudah dan tidak terlalu rumit untuk digerakkerjakan. Namun begitu, tahap kerelevenan dasar ini yang menjadi persoalan utama memandangkan purata gaji graduan yang mula bekerja masih jauh berada di bawah paras yang sepatutnya. 

Beritahu aku, sejurus kau mendapat gaji pertama, berapa peratus yang kau mampu asingkan untuk tujuan simpanan tak kiralah sama ada untuk tabung kecemasan, beli rumah dan kahwin?

Dan beritahu aku lagi, kalau kau jenis yang beristiqamah menyimpan walau sekecil mana sekalipun, apa kepentingan utama kau lebih-lebih lagi sedar yang keluarga miskin kau di kampung (yang berhabisan ribuan ringgit untuk mendapatkan kau ijazah) setiap hari berdoa moga kau sejahtera bekerja di kotaraya dan bandar utama dengan gaji yang sekadar mengisi perut kau pada skala minimum?

Tanya kawan sebelah kau, kalau dia beriman dan percaya dengan hukum agama, adakah dia akan sengaja membiarkan dirinya diblacklist oleh PTPTN?

Segala permasalahan yang berantai ini berpunca dari satu asbab sahaja; GAJI, PELUANG PEKERJAAN.

Jadi apa kena mengena dengan topik beli rumah ni?

Kita semua tahu, mereka yang disenaraihitamkan PTPTN ini tidak lain adalah kerana tidak melakukan pembayaran semula. Hutang taknak bayar atau makan lari. Mungkin sebab belum ada pendapatan tetap atau gagal mendapatkan gaji sepatutnya sekaligus terpaksa mengutamakan perut demi kelangsungan hidup. Yang dah ada kerja dan gaji sedap tapi tetap berdegil taknak bayar tu, cerita lain.

Jadi, apakah jenis mekanisme yang bakal diperkenalkan kerajaan untuk membenarkan golongan makan lari ini melakukan pembelian rumah pertama dan pada masa sama tidak mengapa untuk tidak membayar hutang PTPTN? 

Apakah pelan dan tindakan strategik yang bakal diambil oleh institusi kewangan yang bakal memberi pinjaman perumahan kepada golongan ini?

Dan adakah dengan polisi baharu ini akan memberi kesan kepada pemaju dan modus perniagaan mereka akan berubah?

Ini adalah kekeliruan teras yang harus diberi pencerahan oleh pihak berwajib. 

Dari sudut pandang ekonominya, sebagai seorang yang bukan pakar dan ahlinya, aku akan huraikan dalam bentuk yang kasar dan umum jadi jika ada ahli ekonomi yang baca tulisan ini dan merasa aku terlalu bodoh untuk bicara soal ekonomi, mohon maaf dan aku pinta beri semula pencerahan demi kemaslahatan ummah. 

"PTPTN tak bayar, boleh beli rumah?"- Himpitan emosi marhaen dan caturan autoriti yang menjerat? 3

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau ringkasnya PTPTN mula diperkenalkan pada lewat tahun 1997. Objektif utamanya adalah bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma ataupun ijazah samada di institusi pengajian swasta mahupun awam.

Jadi, sudah hampir 22 tahun program pembiayaan ini berlangsung dan jika dilihat secara kasarnya generasi pertama yang meminjam ini sudah hampir melangsaikan hutang mereka (yang bayar) mengikut kontrak yang ditetapkan. Namun krisis ekonomi dan peluang pekerjaan yang mengecil saban hari memberi kesan yang maha dahsyat terhadap situasi peminjam ini dimana mereka gagal membayar semula hutang mengikut jumlah yang ditetapkan.

Kemuncak amarah graduan bermula apabila PTPTN mengeluarkan arahan untuk senaraihitamkan mereka yang gagal membayar semula dan tidak dibenarkan ke luar negara (eh padahal kau yang behutang taknak bayar nak marah-marah kenapa??). Isu ini seterusnya menjadi modal mainan politik bertahun lamanya dan tanpa disangka, ‘dunia utopia’ yang dijeritpekikkan golongan reformis dan revolusionist selama ini menjadi kenyataan pada PRU yang lepas. 

"PTPTN tak bayar, boleh beli rumah?"- Himpitan emosi marhaen dan caturan autoriti yang menjerat? 4

Dalam keadaan dasar yang caca merba (bak kata mereka, harini kahwin takkan esok dapat anak?) ternyata kerajaan baharu gagal melunaskan janji mereka untuk hapuskan hutang PTPTN. Sedari awal lagi, aku bersama rakan sebilik di kolej dulu ketawa besar bila baca manifesto kerajaan baharu melalui flyers yang diedarkan berkenaan PTPTN. Mana mungkin dilaksanakan. 

Dan hari ini terbukti, melalui pernyataan rasmi dari orang kuat PTPTN sendiri, kerajaan tidak berupaya melaksanakan janji tersebut tapi akan terus cuba mencari alternatif lain bagi membantu peminjam. Dan antara ‘bantuan’ tersebut adalah membebaskan mereka yang disenaraihitam dan dibenarkan untuk membeli rumah pertama tanpa sebarang sekatan. Dari permukaannya, ya ia dilihat sebagai satu bentuk bantuan tapi dari satu sisi lain, dasar ini bakal menjerut golongan muda untuk generasi akan datang. 

Ditambah pula dengan pelan pelaksanaan pembayaran balik berperingkat (ikut tingkat gaji) yang masih samar-samar dan entah masih belum ada kata putus yang muktamad dari pihak perbadanan.

Dengan jumlah tuntutan hutang berbillion ringgit, dasar ini secara perlahan akan memakan diri semua pihak baik peminjam mahupun kerajaan. Secara makronya, aku melihat kesan lambakan hutang tidak berbayar ini pada ekonomi negara dan mengecilkan peluang untuk generasi datang mendapatkan pembiayaan. 

"PTPTN tak bayar, boleh beli rumah?"- Himpitan emosi marhaen dan caturan autoriti yang menjerat? 5

Kiraan mudah, takda wang, tidak akan ada bantuan. Atau persamaan mudahnya, kerajaan harus mengetatkan lagi syarat pinjaman bagi meminimakan jumlah peminjam dan mengurangkan risiko ketirisan kewangan ini. 

Sekali lagi, apakah mekanisme yang akan diperkenalkan kerajaan untuk merelevankan program ini dan memastikan ianya sistem yang efisien dari terma kewangan negara?

Dan untuk bahagian peminjam pula, apakah rentetan dilema yang bakal dihadapi untuk polisi yang bakal diperkenalkan ini?

Macam best, boleh beli rumah tanpa sekatan, kecuali sekatan dari bank lah bila loan tak approved. Kalau approved, apakah kesan dan tahap penerimaan institusi kewangan dan pemaju bila mengetahui status anda sebagai bekas pesalah yang diberi keampunan?

Ansuran bulanan untuk PTPTN adalah sebanyak RM 165 (contoh), gagal bayar semula dan beli rumah  installment RM 1,200. 

Siapa kita di mata bank ketika ini?

"PTPTN tak bayar, boleh beli rumah?"- Himpitan emosi marhaen dan caturan autoriti yang menjerat? 6

Pada aku, kerajaan seharusnya mencari jalan untuk menyelesaikan kemelut utama yang membelenggu seperti penetapan gaji minima pada tingkat sepatutnya. Bukannya memudahkan lagi golongan tak berupaya ini menjerat 

Diharapkan pandangan peribadi aku ini mendapat maklumbalas semula sebab aku tahu aku takkan betul, dan pasti ada mereka yang pakar dan lebih berhak untuk memberi penerangan semula. 

Rasa geram dan nak sekolahkan aku pasal benda ni, boleh berbuat demikian dengan mula jalinkan salam perkenalan di sini



Source link