Artikel Terkini

Puteri kongsi gambar lama dipangku Agong sempena Hari Bapa



SATU dunia menyambut Hari Bapa hari ini dan di Malaysia, hari istimewa itu turut disambut meskipun negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Di media sosial, ratusan malah mungkin ribuan ucapan diungkap buat bapa-bapa di seluruh Malaysia dan tidak ketinggalan puteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah turut menzahirkan ucapan sama.

Menerusi laman Twitter, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah mencoret ucapan ringkas tapi istimewa ini untuk ayahanda baginda:

“Happy Father’s Day. Love you.”

Dalam ciapan sama, baginda turut berkongsikan gambar ketika kecil, sedang memegang botol susu dan dipangku ayahanda baginda, Al-Sultan Abdullah.
Ciapan itu mendapat lebih 1,000 ulang ciap dan 13,200 tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.

Kebanyakannya memuji ketampanan Al-Sultan Abdullah dan wajah comel Puteri Jihan Azizah ketika masih kecil.

“Hensem betul tuanku sultan..” ciap seorang pengguna Twitter, Muaz Bin Mohd manakala seorang lagi pengguna, @fasyabdullah pula menulis: “comelnya tengku”.

Pengguna menggunakan nama @cadibang pula menulis: “alahai dari kecil dah comel…besar-besar dah cantik…”

Dalam pada itu, seorang lagi puteri Yang di-Pertuan Agong, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah pula menzahirkan ucapan Hari Bapa secara umum, ditujukan untuk semua bapa.

“Happy Father’s day to all fathers, single mothers and all father figures. We appreciate all your sacrifices (Selamat Hari Bapa kepada semua ayah, ibu tunggal dan semua tokoh bapa. Kami menghargai semua pengorbanan anda),” ciap baginda.





Source link