Artikel Terkini

Rahsia Nak Mudah Lulus Permohonan IPO di Malaysia

58282196 6148673495080 6719838438989758464 n - Rahsia Nak Mudah Lulus Permohonan IPO di Malaysia


Alhamdulillah, tahun 2019 ini merupakan tahun semakin banyak syarikat yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia. Bagi yang baru nak disenaraikan di pasaran saham, ianya perlu melalui proses yang dikenali sebagai Initial Public Offering (IPO).

Sebab apa best sangat IPO ni?

190102 Prestasi IPO 2018 table - Rahsia Nak Mudah Lulus Permohonan IPO di Malaysia

Sebab jual hari pertama pun dah boleh untung besar, bagi mereka yang dapat IPO. Nak tahu lebih lanjut, tengok sendiri Prestasi IPO Sepanjang Tahun 2018. Ada Yang Harganya Naik 130.43% Selepas Sehari.

Apakah Rahsianya?

Ada yang banyak kali pohon IPO, tapi tak pernah sekali pun dapat. Tapi ada orang yang setiap kali pohon IPO, konfem dapat punya. Jadi apakah rahsia nak mudah lulus permohonan IPO di Malaysia ni?

Jom kita tengok beberapa kajian kes IPO yang terdahulu, agar dapat mengorek rahsia ini.

1. Kajian Kes Wegmans Holdings

wegmans holdings ipo success rate - Rahsia Nak Mudah Lulus Permohonan IPO di Malaysia

Sumber: Bursa Malaysia

Harga IPO = RM0.29 seunit

Peratusan yang paling tinggi untuk berjaya:

1. 50,000 – 99,900 = (49.54% + 31.90%) / 2 = 40.72%

2. 20,000 – 49,900 = (19.82% + 21.34%) / 2 = 20.58%

3. 100,000 – 199,900 = (9.89% + 11.90%) / 2 = 10.895%

2. Kajian Kes Techbond Group

techbond group ipo success rate - Rahsia Nak Mudah Lulus Permohonan IPO di Malaysia

Sumber: Bursa Malaysia

Harga IPO = RM0.66 seunit

Peratusan yang paling tinggi untuk berjaya:

1. 20,000 – 49,900 = (17.32% + 20.73%) / 2 = 19.025%

2. 50,000 – 99,900 = (19.90% + 17.81%) / 2 = 18.855%

3. 100,000 – 199,900 = (20.45% + 16.28%) / 2 = 18.365%

3. Kajian Kes Securemetric

securemetric ipo success rate - Rahsia Nak Mudah Lulus Permohonan IPO di Malaysia

Sumber: Insage

Harga IPO = RM0.25 seunit

Peratusan yang paling tinggi untuk berjaya:

1. 20,000 – 49,900 = (23.40% + 19.06%) / 2 = 21.23%

2. 100,000 – 199,900 = (21.18% + 20.0%) / 2 = 20.59%

2. 200,000 – 499,900 = (23.65% + 14.12%) / 2 = 18.885%

Nampak Tak Pattern Dia?

Kalau nak peluang permohonan IPO kita cerah, maka pohonlah sekurang-kurangnya 200 lot. Dan kalau mampu, pohonlah sehingga 2000 lot, maka peluang kita akan lebih cerah untuk berjaya.

Buat Persediaan Untuk IPO Yang Akan Datang

Tahun 2019 bakal menyaksikan beberapa nama besar yang bakal disenaraikan seperti:

Sekarang dah tahu rahsianya, bersiap sedialah dengan modal secukupnya. Kepada pembaca yang baru pertama kali terdengar tentang IPO dan berminat nak tahu lebih lanjut, boleh baca artikel ini Bagaimana cara nak beli saham IPO? Mohon online senang.

Ads 300x250 b2 - Rahsia Nak Mudah Lulus Permohonan IPO di Malaysia

Komen

komen





Source link