Uncategorized

Rakyat Malaysia Bersama-Sama ‘Kejarkan’ Skor Kredit!


Kuala Lumpur, 28 Julai 2019 – Bersempena dengan Bulan
Kesihatan Kredit 2019, RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI)
menganjurkan
larian santai pertama mereka bertemakan ‘Run Up Your Score’ yang menarik
penyertaan dari lebih 600 peserta. Diadakan di Lake Gardens, Kuala Lumpur,
acara itu bertujuan memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjadi lebih sihat dari
segi kewangan dan fizikal.

Bercakap pada acara tersebut, Cik Dawn Lai, Ketua Pegawai
Eksekutif RAMCI
berkata, “Sejak pelancaran Bulan Kesihatan Kredit yang
pertama kali diadakan pada tahun lepas, kami melihat trend yang positif
dalam kalangan rakyat Malaysia kerana orang ramai sudah mula memahami betapa
pentingnya untuk menguruskan kesihatan kewangan mereka.

“Demi menyokong kesedaran yang semakin meningkat ini sekaligus memanfaatkan trend gaya hidup sihat seperti larian dan marathon, kami fikir ia merupakan sebuah cara yang unik untuk menggabungkan kedua-duanya sekali agar kesihatan kredit turut dapat ‘dikejar’. Jadi, acara hari ini merupakan cara kami untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjadi sihat, baik dari segi kewangan mahupun fizikal. “

Setiap peserta yang mengambil bahagian dalam kategori 5km dan
10km menerima seutas medal, baju-T, goodie bag dan laporan kredit
peribadi (Personal Credit Report Plus) percuma yang merangkumi maklumat
perbankan (CCRIS), skor kredit (RAMCI i-Score) dan lain-lain lagi.

“Saya baru sahaja menyemak laporan kredit saya dan saya
gembira dengan skor kredit saya! Saya ingin mengekalkannya kerana saya
merancang untuk membeli rumah tidak lama lagi. Skor yang baik membolehkan saya membuat
rundingan untuk mendapatkan kadar faedah dan kredit yang lebih baik dengan
institusi kewangan, “kata Fadhilah Dayana yang berasal dari Hulu Langat,
Selangor.

“Sebenarnya, pada awalnya saya hadir bersama pasangan hanya untuk beriadah dengan sihat, namun saya berasa sangat gembira kerana acara ini memberi lebih daripada itu. Saya turut mempelajari sesuatu yang penting pada hari ini, bahawa kita semua berisiko menjadi mangsa pencurian identiti. Terima kasih kepada pasukan RAMCI yang sudi berkongsi beberapa tips asas agar orang ramai tidak menjadi mangsa. Salah satunya adalah untuk tidak berkongsi maklumat peribadi (tarikh lahir, nombor keselamatan sosial, atau nombor akaun bank) hanya kerana seseorang meminta maklumat tersebut dan untuk menyemak laporan kredit kita dengan kerap untuk memastikan semua maklumat adalah terkini dan tepat, tanpa apa-apa yang luar biasa, “kata Nirresh Vengetesamy dari Bangsar, Kuala Lumpur.

“Kami sangat gembira dengan sambutan dan sokongan daripada
para peserta larian. Kami berharap mereka akan berkongsi pengalaman mereka hari
ini dengan keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan rakan sekerja tentang
pentingnya untuk menjaga kesihatan kredit mereka,” akhiri Lai.

Bulan Kesihatan Kredit RAMCI ialah program pendidikan dan kesedaran tahunan untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam menjaga kesihatan kewangan mereka. Layari laman web RAM Credit Information dan Facebook untuk maklumat lanjut.

Komen

komen





Source link