Artikel Terkini

Rakyat Malaysia Yang Prihatin Menderma Lebih Daripada RM1 Juta Ketika PKP Melalui Boost


Semenjak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diisytiharkan Kerajaan dan berterusan sepanjang bulan Ramadan yang mulia, rakyat Malaysia yang prihatin pantas menyahut seruan untuk membantu dan menderma lebih daripada RM1 juta untuk menentang COVID-19 dan meringankan beban golongan yang memerlukan melalui inisiatif #BoostGotYou e-dompet Boost.

Sebanyak RM694,843.13 diderma kepada ‘Tabung COVID-19 by Boost’ bagi membantu petugas barisan hadapan dalam gerak gempur menentang pandemik COVID-19. Saluran dana yang utama diberi kepada Tabung COVID-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Tersentuh hati kami melihat rakyat Malaysia bersatu tenaga ketika krisis, yang menunjukkan negara kita bersedia untuk menerima teknologi digital bukan hanya sebagai gaya hidup baharu, tetapi sebagai cara membuat amal. Dana yang dikumpul oleh Tabung COVID-19 oleh Boost membantu KKM dan NADMA membeli ubat, kelengkapan dan keperluan kesihatan dalam perang melawan virus berbahaya. Kami teruja diberi peluang menggunakan platform untuk berkhidmat kepada masyarakat di saat genting ini,” kata Mohd Khairil Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Boost.

‘Tabung COVID-19 by Boost’ adalah yang pertama daripada lima (5) inisiatif di bawah kempen #BoostGotYou yang bertujuan menyediakan suasana selamat dan selesa untuk pengguna ketika berdiam di rumah sewaktu PKP. Melalui kerjasama dan solusi in-app yang lain, pengguna Boost dapat mengakses keperluan harian seperti memesan makanan dan barang runcit, membayar bil dan menambah nilai pelan telefon bimbit pra-bayar, berhibur dengan menstrim kandungan serta permainan, dan melindungi diri dengan insurans COVID-19.

Selain ‘Tabung COVID-19 by Boost’, sepanjang bulan Ramadan, Boost mengumpul sebanyak RM479,000 untuk badan-badan amal melalui kempen 30 Hari 30 Amalan yang memberangsangkan. Kempen Ramadan seiring dengan inisiatif #DoGoodWithBoost dan sumbangan pada tahun ini meningkat sebanyak 4 kali ganda (4x) berbanding jumlah yang dikumpul pada Ramadan tahun lalu.  

Sepanjang bulan yang mulia, Boost mengetengahkan satu badan amal setiap hari di saluran media sosial dan dalam app bagi meningkatkan kesedaran awam tentang bakti murni mereka kepada golongan memerlukan serta komuniti rentan.

“Penyumbang utama kepada kejayaan kedua-dua kempen amal ini adalah proses yang mudah. Dengan Boost, menderma kepada usaha dan badan amal hanya memerlukan beberapa sentuhan di skrin, serta proses yang selamat, senang dan mudah bagi menghulurkan bantuan dan menceriakan hari mereka yang memerlukan,” kata Khairil.

“Boost tekad memacu solusi inovatif melalui e-dompet bagi menjadikan pengalaman tanpa kontak dan tunai kaedah paling selamat dan mudah untuk berurusniaga. Kami akan terus mengenalpasti cara menggemparkan kaedah wang digunakan untuk urusniaga dan meningkatkan efisiensi merentas industri.

“Berikutan pandemik COVID-19, kami percaya kaedah pembayaran tanpa tunai akan terus meningkat popular. Kami berharap rakyat Malaysia akan menerima ‘kebiasaan baharu’ ini dengan terbuka dan mengamalkan gaya hidup digital. Semakin e-dompet menjadi pilihan, Boost akan meneruskan evolusi daripada platform bayaran kepada penyediaan perkhidmatan kewangan yang meluas bagi semua warga Malaysia, membuka langkah untuk transformasi digital negara,” kata beliau sebagai penutup.

Mengenai Boost

Boost adalah aplikasi e-dompet gaya hidup ‘homegrown’ yang bertujuan merevolusi cara pengguna melakukan transaksi harian. Menggabungkan keperluan gaya hidup dan teknologi digital masa kini, Boost berusaha untuk memudahkan transaksi, lebih pantas, lebih selamat & memberi lebih manfaat kepada pengguna secara keseluruhan.

Boost dilancarkan secara rasmi pada Januari 2017, sebagai satu platform mendigitalkan salah satu perkhidmatan teras syarikat telekomunikasi – cara pengguna menambah kredit prabayar mereka. Boost membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan telefon bimbit di rakan kongsi Boost tanpa tunai atau kad kredit. Pada akhir bulan Mei 2020, 7.5 juta pengguna Boost kini boleh membayar di lebih daripada 165,000 rakan niaga di seluruh negara.

Ciri-Ciri Utama

  • Ganjaran melalui BoostUP
  • Ganjaran untuk belanja dalam talian melalui CashUp
  • Bayar di peniaga QR UnionPay di Malaysia
  • Membayar bil utiliti dengan rakan kongsi seperti Telekom Malaysia, Astro dan Syabas
  • Membayar tempat letak kereta di tepi jalan dan berpagar
  • Perkhidmatan bantuan tepi jalan dan penyelenggaraan kereta
  • Tempahan dan pembelian tiket pengangkutan awam – KLIA Ekspres, KTM, EzCab, CatchThatBus dan Firefly
  • Derma tanpa tunai #DoGoodWithBoost
  • Membeli dan menawarkan baucar digital untuk kedia F&B, hiburan, kesihatan & kecantikan
  • Pemisahan bil melalui ciri unik “Go Dutch”
  • Membeli prabayar
  • Pemindahan wang dengan percuma
  • Perkhidmatan penghantaran makanan melalui DeliverEat, dahmakan dan Eatigo

Pengguna Android boleh memuat turun Boost dari Play Store manakala pengguna iOS boleh memuat turun dari App Store.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web atau ‘follow’ Boost di Facebook dan Instagram.





Source link