Uncategorized

RAMCI & Cybersecurity Malaysia : Rakyat Malaysia, Ayuh Hentikan Kecurian Identiti!

RAMCI & Cybersecurity Malaysia : Rakyat Malaysia, Ayuh Hentikan Kecurian Identiti! 1


Petaling Jaya, 16 April 2019: Hari ini, RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama CyberSecurity Malaysia untuk berkerjasama dalam menangani masalah kecurian identiti yang semakin meluas di negara ini, di samping meningkatkan kesedaran orang ramai tentang langkah pencegahan agar tidak menjadi mangsa.

Menurut Statistik Insiden MYCERT 2018, kes kecurian identiti di Malaysia telah meningkat sebanyak 20% dari 371 kes pada tahun 2017 sehinggalah mencecah 446 pada tahun lepas. Sementara itu, bancian pengguna terbaharu menunjukkan bahawa 14% responden merupakan mangsa kecurian identiti manakala 26% responden mengenali seseorang yang pernah mengalaminya.

Kecurian identiti berlaku apabila seseorang mencuri maklumat ataupun barangan peribadi anda supaya dapat digunakan untuk penipuan transaksi. Penyamaran, transaksi tidak sah, ancaman kebocoran maklumat dan akaun peribadi adalah antara cara-cara biasa yang boleh digunakan si penipu untuk mencuri identiti anda.

Demi menangani masalah ini yang kian serius dan menyeru orang ramai untuk mula bertindak, RAMCI dan CyberSecurity Malaysia telah bersama-sama melancarkan kempen kesedaran orang ramai, ‘HENTIKAN KECURIAN IDENTITI’ bagi meletakkan semula kuasa di tangan rakyat Malaysia. Melalui kempen ini, orang ramai akan lebih berpengetahuan tentang kecurian identiti serta kaedah mengesan penyalahgunaan identiti dan melindungi diri dari kecurian identiti. Selain itu, kempen tersebut turut membawakan jelajah  berunsur pendidikan ke serata negara sepanjang tahun ini. Pada masa yang sama, RAMCI dan CyberSecurity Malaysia akan terus berkerjasama dengan pihak berkepentingan dari badan kerajaan, institusi pendidikan dan sektor swatsa bagi memastikan bahawa rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat sedar akan pentingnya untuk melindungi indentiti mereka. 

RAMCI & Cybersecurity Malaysia : Rakyat Malaysia, Ayuh Hentikan Kecurian Identiti! 2

YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia berkata, “Kecurian identiti sememangnya merupakan jenayah yang serius. Jika tidak dibendung dengan segera, ia akan memberi kesan yang amat mendalam terhadap seseorang individu dari segi kewangan dan kredit, malah boleh melibatkan kerugian jutaan ringgit. Jadi kita perlu menghentikan kes kecurian identiti!

“Tetapi malangnya, ada sesetengah pihak yang memandang ringan tentang perlindungan identiti atau tidak sedar langsung akan perlunya perlindungan identiti, sehinggalah nasi sudah menjadi bubur. Apabila identiti anda jatuh ke tangan yang salah, anda akan menjadi mangsa. Selepas itu, maklumat anda bukan lagi sulit. Kini, si pelaku akan berupaya untuk membuka akaun, mengeluarkan pinjaman, dan bukan sahaja menggunakan baki kredit anda, malah menghabiskannya! Semuanya dilakukan dengan sewenang-wenangnya, tanpa tanggungjawab untuk membayar semula walau satu sen sekalipun.

“Oleh itu, kami gembira dapat berkerjasama dengan RAMCI untuk meningkatkan lagi kesedaran orang ramai tentang kecurian identiti dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengambil langkah proaktif dalam melindungi identiti mereka, supaya kelak mereka tidak perlu menderita akibat menjadi mangsa.”

RAMCI & Cybersecurity Malaysia : Rakyat Malaysia, Ayuh Hentikan Kecurian Identiti! 3

Menurut Dawn Lai, Ketua Pegawai Eksekutif RAM Credit Information (RAMCI), “Walau dengan ancaman kecurian identiti, gaya hidup kita hari ini membuatkan kita bergantung kepada kemudahan online untuk pelbagai jenis transaksi. Hasilnya, maklumat peribadi kita mungkin terancam. Di zaman ini, kata laluan sahaja sememangnya tidak mencukupi untuk melindungi maklumat peribadi. Pengguna haruslah lebih peka untuk menyemak laporan kredit dengan kerap dan memastikan ia sentiasa tepat dan terkini. Justeru, mereka akan dimaklumkan segera jika terdapat perubahan kepada status kredit dan/jika seseorang menggunakan butiran mereka secara tidak sah. Ini bagi membolehkan aktiviti penipuan dapat dikesan dan tindakan segera boleh diambil. Pastinya, semua orang menghadapi tahap risiko yang sama. Golongan yang mempunyai skor kredit rendah menghadapi tahap risiko yang sama dengan golongan yang mempunyai skor kredit tinggi.”

Pada majlis itu, RAMCI turut melancarkan JagaMyID Plus yang merupakan versi terkini JagaMyID, sebuah kemudahan pemantauan kredit yang komprehensif buat individu bagi melindungi skor kredit peribadi mereka dan melindungi diri dari kecurian identiti, dengan manfaat tambahan perlindungan insuran 24 jam seluruh dunia.

“Selain dari kemudahan skor kredit bulanan, makluman penipuan identiti, pemantauan penggunaan kad kredit dan penjejakan pembayaran bulanan, JagaMyID Plus dilengkapi dengan papan pemuka online serba unggul yang memaklumkan pengguna mengenai aspek yang memberi kesan kepada kredit mereka. Di samping itu, ia juga mempunyai akses berkunci untuk laporan kredit. Maksudnya, jika orang lain cuba memohon apa-apa jenis kredit menggunakan nama anda semasa ia dikunci, anda akan diberitahu dengan serta-merta. Dengan versi Plus, anda akan menikmati perlindungan insuran yang menawarkan pampasan dalam hal melibatkan kematian, perlindungan pengeluaran ATM, kecurian ragut, kecederaan tubuh atau apa-apa kerugian yang anda alami. Servis perlindungan dari kecurian identiti hanyalah salah satu langkah untuk menangani masalah ini. Namun apa yang paling penting, kita mesti sentiasa berwaspada dan bersiap sedia.” akhiri Lai.

RAMCI & Cybersecurity Malaysia : Rakyat Malaysia, Ayuh Hentikan Kecurian Identiti! 4

Sehingga 16 Mei 2019, sempena kempen ‘HENTIKAN KECURIAN IDENTITI’, JagaMyID Plus ditawarkan pada harga istimewa, RM 79.20 (termasuk SST),diskaun sebanyak 20%, untuk langganan satu tahun. Pengguna hanya perlu memasukkan kod promo: JAGAMYID untuk menikmati tawaran istimewa tersebut. Harga pengenalan adalah RM 99.00 (termasuk SST).

Mengenai RAM Credit Information Sdn Bhd

RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI) merupakan agensi pelaporan kredit yang terkemuka dan paling dipercayai di Malaysia dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Ia mempunyai pangkalan data menyeluruh yang dibina sepanjang 26 tahun yang lalu. Hari ini, rakan-rakan institusi RAMCI seperti RAM Holdings Berhad dan Experian Asia Pacific telah memanfaatkan syarikat tersebut dengan pengetahuan domain yang luas bagi memenuhi keperluan perniagaan dan pengguna di Malaysia serta di peringkat global menerusi pelbagai perkhidmatan yang komprehensif. Ia turut berkolaborasi dengan persatuan dan koperasi bagi memenuhi keperluan ahli-ahli mereka. Keupayaan teras RAMCI termasuk maklumat kredit atas talian, perkhidmatan penarafan kredit dan pemarkahan kredit, perkhidmatan pemantauan dan maklumat antarabangsa dan perkhidmatan biro perdagangan (“Trade Bureau”). Untuk maklumat lanjut, layari www.ramcreditinfo.com.my. 

Mengenai CyberSecurity Malaysia

CyberSecurity Malaysia merupakan pakar keselamatan siber dan agensi teknikal yang dipantau oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Secara keseluruhannya, CyberSecurity Malaysia kekal komited dalam menawarkan pelbagai servis, program dan inisiatif keselamatan siber serba berinovasi bagi membantu memperkukuhkan sistem digital, dan pada masa yang sama memperkasakan kebolehan Malaysia di alam siber. Antara servis keselamatan siber khas yang ditawarkan adalah Servis Responsif Keselamatan Siber; Servis Proaktif Keselamatan Siber; Pembinaan Capaian dan Kapasiti; Analisis dan Interaksi Strategik, dan Pembangunan Industri dan Penyelidikan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.cybersecurity.my.

RAMCI & Cybersecurity Malaysia : Rakyat Malaysia, Ayuh Hentikan Kecurian Identiti! 5

Komen

komen





Source link